Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Band The 1975 bakal berdepan tindakan undang-undang

Jul 31, 2023 | 07:00 PM



Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia menimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap band kontroversi dari Britain, The 1975, berikutan aksi biadab vokalis, Matty Healy di pentas hingga acara berkenaan diarah dihentikan serta-merta oleh kerajaan, baru-baru ini.

Pengarah Hiburan Future Sound Asia, Wan Alman Ariffin, berkata syarikatnya merujuk kepada penasihat undang-undang bagi mendakwa The 1975 atas perlakuan mereka hingga festival berkenaan terpaksa dihentikan.

“Ya, kami ada penasihat undang-undang dan sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap The 1975,” katanya pada sidang media menjelaskan isu pembatalan GVF 2023 bersama Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada 22 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil dilapor mengarahkan pembatalan serta-merta penganjuran GVF 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang.

Encik Fahmi dilaporkan berkata beliau sudah memanggil penganjur GVF 2023, iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab dipamerkan anggota kumpulan The 1975 di pentas acara berkenaan.

Dalam kejadian itu, Healy dilapor mempertikai undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.

Healy kemudian dilihat mencium anggota kumpulannya yang juga pemain gitar bes, Ross McDonalds di atas pentas.

Sambil memegang botol arak, Healy turut meludah dan melakukan aksi kurang sopan di pentas festival berkenaan.

Wan Alman berkata pihaknya akan lebih berhati-hati dalam penganjuran festival berikutnya termasuk mengambil tindakan terhadap artis yang melanggar undang-undang negara.

Sementara itu, pengasas dan Pengarah Future Sound Asia, Ben Law, berkata pihaknya akan lebih tegas agar tidak timbul lagi isu atau kejadian membabitkan perlakuan menghina undang-undang negara.

“Kami tidak terima atau benarkan kelakuan seperti yang dibuat Healy. Apa yang dilakukan itu meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia.

“Kejadian ini adalah terpencil dan tidak dijangka, malah bertentangan dengan perjanjian dibuat dengan The 1975.

“Dalam sejarah 10 tahun penganjuran GVF, kami tidak pernah hadapi kejadian seperti itu. Kami selalu pastikan artis patuh garis panduan seperti larangan merokok, ambil minum keras, mengumpat dan melakukan perbuatan tidak senonoh di pentas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi ALIFE, Para Rajagopal, berharap tiada kes perilaku biadab artis antarabangsa berulang di Malaysia.

Beliau mengaku kejadian itu mengejutkan ramai pihak kerana tidak pernah berlaku sepanjang penganjuran festival dan konsert membabitkan artis antarabangsa sejak tiga dekad lalu.

“Saya fikir apa yang dilakukan The 1975 adalah satu kes atau isu terpencil. Kita semua setuju bahawa perkara itu salah.

“Sepanjang 30 tahun terbabit dalam industri ini, saya tidak pernah lihat perkara seperti itu berlaku.

“Kalau kita tengok, beberapa bulan lalu, ramai artis antarabangsa datang (pentaskan konsert di Malaysia). Tetapi, tiada siapa yang tunjuk perilaku buruk seperti itu (The 1975). Boleh dikatakan, semuanya baik.

“Jadi, kita semua perlu terus melangkah ke hadapan. Industri hiburan mesti terus bergerak seperti biasa. Kita perlu beralih daripada 1975 kepada 2023,” katanya berkias.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >