Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WHe@Gaya

Beg silang mudahkan kembara, elak kecurian

Sep 12, 2023 | 03:30 PM



Jika anda sudah menempah tiket untuk bercuti ke luar negara di akhir tahun, tentunya persiapan sudah dibuat mulai sekarang terutama untuk ke destinasi jauh, apalagi ke negara yang mempunyai suhu cuaca yang berbeza.

Selain daripada bagasi besar beroda untuk mengisi semua pakaian dan keperluan sepanjang percutian, beg sandang seperti beg silang badan atau beg pinggang, merupakan perkara yang harus diberi perhatian.

Panduan Beli Beg Untuk Perjalanan

Pastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

Jika anda seorang pengembara yang sukakan kebebasan dan beg yang ringan, maka pilihan cukup banyak. Jika anda memerlukan ruang yang besar agar boleh dimasukkan botol air, buku nota, tablet, dompet dan banyak lagi, anda harus memberi perhatian kepada ukuran dengan teliti.

Pertimbangkan di mana dan bila anda akan menggunakan beg silang badan atau mungkin backpack, dan jika bahan itu perlu kalis air atau tidak.


– Pilih tali yang selesa

Tali beg yang tipis tidak dapat menampung beg yang berat dan boleh menyakitkan kulit bahu anda. Justeru perlu memilih beg yang boleh menampung berat barang dan terletak selesa di bahu.

– Utamakan keselamatan dan keselesaan


Apabila meneroka tempat baharu, sama ada bersiar-siar di bandar yang sesak atau mendaki denai baharu, beg terbaik untuk keselamatan ialah beg yang tetap diikat rapat pada badan anda. Menyimpan barang anda dalam beg silang badan atau pun beg tali pinggang boleh membantu mengelakkan kecurian atau kehilangan barang kerana anda akan lebih peka dengan situasi sekeliling. Selain itu, banyak beg silang badan dibuat dengan fabrik tebal dan mempunyai tali kalis torehan yang boleh membantu mengelakkan kecurian.

– Mudah diurus


Dalam memilih beg kembara sandang untuk dibawa bersama ke pesawat, fikirkan juga keadaannya apabila melalui pusat pemeriksaan kastam – kesibukan di lapangan terbang sewaktu proses pengimbasan dibuat, kadangkala menyebabkan kelewatan, atau lebih teruk jika ada barangan yang tercicir. Justeru mulakan percutian anda tanpa tekanan dengan memastikan beg yang dibawa tidak membebankan.

WHe telah mengumpulkan koleksi beg silang yang difikirkan baik untuk memudahkan perjalanan anda secara selesa, selamat dan bergaya.

TUMI Georgica Marylea Crossbody in Taupe ($880 di TUMI)







Aksesori yang sesuai untuk acara siang ke malam ini versatil kerana bahan kulitnya yang elegan. Beg ini menawarkan dua gaya: sebagai beg silang atau beg angkut. Reka bentuknya yang anggun dan struktur santai dan tidak bergaris menyerlahkan ciri mewahnya. Ruang dalamnya luas dan ia juga membolehkan anda mengisi bermacam barangan yang biasa dibawa wanita seperti alat solek, telefon bimbit dan pengecas, kaca mata, payung lipat, bahkan mungkin botol air saiz kecil.

Lululemon Everywhere Belt Bag Large 1L ($62 di Lululemon)

Beg pinggang ini, yang terdapat dalam pelbagai warna, membebaskan tangan anda untuk mengemudi kaunter tiket dengan beg lain di belakangnya dan membeli-belah untuk cenderahati atau melawat muzium dengan selesa. Ia mempunyai poket dalaman yang cukup luas untuk barang-barang penting – dompet, kunci dan telefon bimbit anda – serta poket berzip luar yang diapit di antara anda dengan beg untuk melindungi sebarang barang berharga daripada penyeluk saku.

Pacsafe Go Anti-Theft Crossbody Bag ($119 di Zalora)







Beg silang padat ini sesuai digayakan dengan apa saja corak pakaian dan mampu menampung semua keperluan penting seperti telefon, dompet, cermin mata hitam dan juga tablet 8 inci. Ini menjadikannya pilihan semasa dalam perjalanan yang sempurna. Beg silang ini mempunyai bahan dan tali kalis potong, zip dengan ciri penyangkut kunci dan poket penyekat sistem pengenalan frekuensi radio (RFID). Koleksi GO jenama Pacsafe dengan keselamatan antikecurian yang cukup berfungsi ini dibuat daripada tujuh botol plastik kitar semula.


American Tourister Alizee Day Crossbody ($49 di Amazon)







Beg keluaran Amerian Tourister dari Alizee Day ini menampilkan konsep tali serut yang bergaya dan ranggi yang direka untuk gaya dan fungsi. Menyediakan kapasiti yang mencukupi untuk pelbagai keperluan. Bahagian dalamannya juga dirawat dengan teknologi Microban™ yang menghalang sehingga 99 peratus pertumbuhan bakteria dan kulat supaya barangan anda kekal bersih dan segar. Warna hitam memudahkan pemadanan pakaian harian anda.

Le Foulonné Small Crossbody Bag ($536 di Nordstrom)







Jika acara seperti menonton muzikal dan menghadiri majlis dalam kembara anda, beg Le Foulonné Longchamp sesuai dibawa kerana ia kelihatan anggun biarpun tujuannya adalah untuk kembara. Beg ini mempunyai penutup zip atas, jadi barang-barang tidak akan terkeluar semasa anda melalui kawasan pemeriksaan di lapangan terbang. Lapik fabrik di dalamnya juga memudahkan pembersihan sekiranya berlaku tumpahan – jadi tidak perlu risau tentang botol minyak wangi mini atau gincu yang tidak bertutup yang mencomotkan kulit beg. Pilihan yang polos tetap anggun. Terdapat dalam pelbagai warna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >