Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
2

Bila mak, ibu bapa saudara ramai yang dah tak ada untuk ziarah Hari Raya...

Apr 10, 2024 | 05:31 AM

Bersyukur kepada Ilahi, kita meraikan hari kemenangan hari ini setelah sebulan berpuasa dan mengejar ibadah demi mendapat keredaan Allah swt. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, tidak dapat diketepikan rasa rindu terhadap orang-orang tersayang yang telah lebih dahulu meninggalkan kita, terutama arwah mak. Memang semasa mak masih ada, tetamu dari kalangan saudara mara tidak putus-putus datang setiap hari. Meriah tak terkata dan gembira dapat berjumpa sepupu-sepupu yang cukup mesra biarpun ada kalangan mereka hanya dapat berjumpa setahun sekali.

Tetapi kini, mak sudah tidak ada. Bahkan, kesemua ibu-ibu saudara sebelah mak sudah meninggal dunia. Memang terasa perbezaannya. Selepas ziarah bapa dan ibu saudara sebelah bapa dan suami, rasanya kunjungan ‘wajib’ orang-orang tua yang masih ada dan rapat dapat disempurnakan dalam tempoh dua hari sahaja. Baki Syawal yang ada menjadi “optional” atau pilihan bebas sama ada untuk meneruskan kunjungan ke rumah sepupu yang lebih tua atau undangan rumah terbuka.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >