Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bila masa muflis? Cukai dah beres: Che Ta

Jan 26, 2024 | 03:56 PM



Setelah sibuk orang memperkatakan bahawa dirinya sudah diisytiharkan muflis, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 51 tahun, menafikannya.

Dakwaan itu timbul kononnya beliau disahkan bankrap kerana gagal membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu Berita Harian Malaysia (BHM), beliau tidak tahu mengenai notis bankrap kerana tidak pernah menerima sebarang makluman berhubung perkara tersebut.


“Siapa kata bankrap? Dapat notis daripada siapa dan saya tidak tahu. Saya bayar LHDN, saya juga ada ejen cukai yang uruskan dan audit syarikat.

“Cukai dikenakan memang banyak, tapi saya bayar. Tapi pelik mana datangnya surat itu, kenapa saya pula? Saya bayar hampir RM50,000 ($14,180) sebulan untuk diri saya, manakala syarikat pula lain.

“Saya tidaklah terkejut, tapi saya dapat tahu dulu sebelum orang lain dan saya bukannya lari daripada LHDN,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Rozita tidak menafikan pernah mempunyai isu bersama LHDN, namun semuanya sudah diselesaikan.

Justeru, katanya, timbul perasaan pelik mengapa perkara itu dibangkitkan.

“Saya bukannya seorang yang menunjuk dan hanya buat kerja sahaja. Apa-apa saya akan berurusan dengan ejen cukai.

“Memang sebelum ini saya ada masalah dengan LHDN. Saya pernah kena tahan di lapangan terbang sebelum ke London, jadi mungkin ini surat lama, mungkinlah. Saya tak layan dakwaan semua ini, ia bukan masalah saya,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Glam Hall Damansara baru-baru ini.

Menyentuh perihal kecantikan pula, Rozita mengaku tidak pernah melakukan sebarang rawatan suntikan untuk mengekalkan kecantikan wajahnya.

Menurutnya, suaminya Zain Saidin melarangnya daripada melakukan sebarang rawatan yang boleh mengubah wajah.

“Saya teringin juga lakukan rawatan seperti suntikan sebab ramai yang buat, tetapi suami tidak benarkan dan tidak suka dengan wanita yang ‘buat muka’.

“Dia okey andai kulit saya berkedut seiring dengan peningkatan usia. Jadi, saya tidak buat sebaliknya, hanya jaga kulit dengan produk yang sesuai dan rawatan ‘facial’ biasa.

“Sebenarnya Zain tidak pernah larang untuk saya lakukan apa-apa kecuali dia selalu tegur bab pakaian dan aurat,” tambahnya lagi.

Baguslah kalau Rozita dan Zain sama-sama berasakan kecantikan semula jadi itu jauh lebih penting daripada nak ‘buat muka’ tetapi tak tahu apa yang akan jadi kesudahannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >