Dua filem awal dalam francais filem The Equalizer tidak pernah saya tonton sebelum ini.
Maka, apabila memasuki pawagam untuk sesi pratonton The Equalizer 3 di pawagam GV ViVoCity baru-baru ini, saya mengharapkan agar saya masih lagi dapat memahami jalan cerita tentang pembunuh upahan pemerintah, Robert McCall (lakonan Denzel Washington) yang sudah bersara daripada tugasnya itu.