Apabila dicabar membawakan watak individu dengan autisme sebanyak dua kali dalam dua penerbitan drama berbeza, Hisyam Hamid menyahut cabaran berkenaan dengan minda dan hati terbuka.
Dalam drama, Chiron, yang kini disiarkan di aplikasi mewatch, terbitan syarikat penerbitan Singapura, Papahan Films, Hisyam, 38 tahun, adalah pakar bedah bernama, Dr Aiman Salihin, yang mempunyai keadaan autisme berfungsi tinggi.