Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Elly Mazlein rimas dengan perangai budak-budak artis dengki

Jan 10, 2024 | 12:04 PM



KUALA LUMPUR: Artis serba boleh yang popular, Elly Mazlein, berpandangan soal rezeki dan kejayaan yang diraih tidak seharusnya mencetuskan persaingan berunsur dengki apatah lagi menyebarkan andaian yang tidak tepat berhubung rakan sesama industri.


Jelasnya, pemain industri seni tempatan sedar ruang permainan yang ada tidak sebesar mana dan seharusnya rakan sesama artis saling menyokong antara satu sama lain agar wujud keharmonian.

“Dunia seni kita ini tak besar mana untuk kita nak jadi orang yang bersifat toksik. Ada yang cuba memecahbelahkan antara peminat. Jangan jadi budak-budak. Move on (teruskan kehidupan).


“Percaya kepada rezeki. Jadilah seorang yang matang. Saya bukan hebat sangat. Jauh lagi perjalanan mahu jadi hebat itu. Tetapi saya usaha.

“Inikan lubuk rezeki untuk semua orang. Sama-sama kita raikannya. Sama-sama kita nikmati rezeki yang Tuhan kurniakan. Masing-masing ada rezeki mereka sendiri,” ujarnya kepada laman web Utusan Malaysia.

Menganggap dirinya masih hijau, pelakon dan pengacara yang cukup terkenal dengan nama, Kak Lina Pom Pom itu juga menolak agenda penyebaran fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan nama baik seseorang.

“Kenapa tidak kita saling sokong-menyokong? Sampai bila nak sindir-menyindir, meluahkan pendapat yang boleh menjatuhkan fitnah? Itukan akhirnya membawa padah kepada diri kita sendiri.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu belanga. Jangan kita jadi manusia yang suka memecahbelahkan sesiapa. Peminat juga saling menyokong antara kami, setiap satu ada keunikan dan identiti,” ujarnya.

Pelakon drama, Kampung People, itu sebelum ini pernah terkait dengan spekulasi kononnya disindir seorang rakan artis yang kurang senang dengan gelagat dan cara pengacaraan yang disifatkan terlalu gedik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >