Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem aksi kurang ‘menjadi’ dengan watak tidak berfungsi

Sep 28, 2023 | 05:30 AM



Jika anda peminat setia wira aksi Sylvester Stallone, Jason Statham dan Dolph Lundgren, pastinya filem The Expendables 4 memenuhi cita rasa anda kerana mereka secara silih berganti tampil mengemukakan babak aksi yang dinanti-nanti.


Inilah filem buat mereka yang berjiwa kental dan akan terpaku dengan babak di mana wira yang berbekal senjata merupakan barisan terakhir pertahanan dalam satu misi menentang musuh.

Pasukan abang sasa dan wirawati berjiwa kental ditugaskan ke Libya bagi memastikan pembunuh upahan bernama Rahmat (lakonan Iko Uwais) tidak mencuri peledak nuklear bagi watak antagonis misteri Ocelot yang tidak diberkas dan terbiar bebas selama 25 tahun.

Bagaimanapun, kenderaan pasukan Expendables dimusnahkan dalam satu pertelingkahan yang mendebarkan. Barney Ross (Stallone) yang tertinggal di pesawat seorang diri dikhuatiri terbunuh apabila pesawat itu ditembak.

Pada satu upacara pengebumian Barney, Marsh (Andy Garcia) mendedahkan bahawa pasukan ini akan menjejak Ocelot (watak kedua Garcia) dan Rahmat tanpa Lee Christmas (Jason Statham) yang mengganggu misi menyelamatkan Barney tempoh hari.

Tempatnya digantikan Gina (Megan Fox), bekas kekasih Lee yang membawa temannya Lash (Levy Tran) dalam pasukan ini yang mengembara ke Asia tetapi berjaya dijejaki Lee secara senyap.

Ocelot merancang mencetus Perang Dunia Ketiga dengan membenarkan ledakan nuklear berlaku di Russia. Sebuah kapal yang menyamar sebagai pesawat Amerika digunakan bagi tujuan menyeludup masuk ke perairan yang menjadi sasaran musuh.

Pasukan Expendables dan Marsh, malangnya, menjadi tahanan. Bermulalah beberapa proses yang mendebarkan di dalam kapal tetapi kerana terlalu banyak percakapan yang dilontar watak dalam filem ini, segalanya terasa hambar seakan-akan menemui jalan buntu untuk menambah semarak filem aksi ini.

The Expendables 4 banyak babak aksi. Sayangnya, terdapat beberapa watak yang terasa setakat menambah warna tetapi tidak berfungsi apa-apa.


Malahan, mereka yang menonton tiga filem awal akan berasakan filem ini tidak sehebat yang lain dalam francais filem The Expendables.


Mungkin kerana wiranya sudah berusia dan tampak lelah menangani misi bahaya atau kerana jalan ceritanya sudah dilanjutkan pada tahap maksimum yang tidak lagi dapat dikembangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >