Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem ‘Omniscient Reader’ sarat bintang Korea

Jan 25, 2024 | 07:08 PM



Pelakon Lee Min-ho dan Ahn Hyo-seop telah dipilih sebagai pelakon lelaki dalam adaptasi filem novel dalam talian yang terkenal dan sudah pun dibaca lebih 200 juta kali sejak 2018, Omniscient Reader.


Filem ini menjejak kehidupan Kim Dok-Ja (lakonan Ahn), yang mengalami kehidupan remuk-redam selepas novel yang dibaca menjadi nyata.

Dalam dunia baru itu, Kim adalah satu-satunya individu yang tahu tentang penghujung kisah novel berkenaan.

Kerana itu, dia perlu lakukan segalanya yang termampu untuk mengubah masa depan protagonis dalam novel itu, Yoo Jung-hyuk (Lee).

Menurut laman Korean Herald, filem ini diterajui pengarah Kim Byung-woo daripada The Terror Live (2013) dan Take Point (2018), manakala Realies Pictures akan menerbitkan filem itu.


Syarikat penerbitan tersebut adalah yang menghasilkan siri Along With The Gods yang dikenali ramai.


Filem ini juga adalah projek pelaburan pertama sayap hiburan global Smilegate.

Selain Lee dan Ahn, pelakon The Fabulous, Chae Soo-bin, pelakon utama Mask Girl, Nana dan pelakon D.P., Shin Seung-ho turut membintangi filem ini sebagai watak dalam novel itu yang menyokong perjalanan Dok-ja dalam misi menyelamatkan dunia.


Anggota kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink, Jiasoo, juga berlakon sebagai Ji-hye, rakan sekerja Jung-hyuk yang menyertai mereka dalam misi itu.

Filem ini membawa pada kemunculan pertama Ahn dan Jisoo dalam sebuah filem.

Jisoo juga membawa watak ‘cameo’ dalam filem Dr. Cheon and Lost Talisman.


Penggambaran bagi Omniscient Reader bermula pada Disember lalu dengan tarikh tayangannya masih belum diputuskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >