Biasanya, pendengar dan peminat, Ernie Zakri, mengenalinya sebagai penyanyi ‘powerhouse’ yang tiada masalah melantunkan suaranya tiap kali berdepan dengan mikrofon.
Kali ini, Ernie menampilkan kelainan kerana lagu, Ha Ha Ha Hari Raya, menonjolkan sudut personalitinya yang lebih santai dengan unsur jenaka.