Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hiburan 80 jam ‘Formula 1’ buat semua generasi

139 artis tempatan dan antarabangsa bakal gegar pentas tiga hari dengan irama lama dan baru
Jul 14, 2023 | 05:30 AM



Erti kecemerlangan dan cetusan inspirasi dapat diselami dengan melihat barisan artis Asia yang sudah menembusi pasaran antarabangsa menjayakan persembahan sempena perlumbaan Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2023 antara 15 hingga 17 September ini.


Acara yang keseluruhannya berlangsung selama 80 jam dengan penyertaan 139 artis itu juga mampu membawa anda menyusur jalan kenangan dengan adanya band legenda dari tahun 1970-an hingga 1990-an yang akan membahangkan suasana.

Pendek kata, ada hiburan santapan halwa telinga untuk setiap lapisan usia jika diteliti senarai yang dikeluarkan promoter perlumbaan Singapore GP Pte Ltd dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Label rakaman 88rising yang berpangkalan di Amerika tetapi menetapkan matlamat memajukan artis Asia membawa artis mereka, Jackson Wang, NIKI, Rich Brian, Post Malone, Warren Hue, XG, BIBI, MILLI dan Atarashi Gakko!

NIKI, 24 tahun, atau nama sebenarnya, Nicole Zefanya, misalnya adalah penyanyi pop dan lagu rakyat dari Indonesia yang popular dengan lagu Inggeris, Every Summertime dan High School. Sejak muncul dengan album EP 2018, Zephyr, lagu-lagunya sudah distrim lebih 1.8 bilion kali dengan konsert jelajah sulungnya pada 2022 laris.


Every Summertime adalah lagu NIKI yang dimuatkan dalam album runut bunyi filem adiwira Marvel, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.


Dalam satu wawancara awal bersama Berita Harian, NIKI yang berpindah ke Nashville, Tennessee, pada 2017 untuk belajar muzik di Universiti Lipscomb, menjelaskan beliau bangga memperkasa warga Asia di rantauan khususnya yang bermastautin di negara Barat melalui lagu-lagunya yang membangkitkan semangat baru.


Rapper asal Indonesia, Rich Brian, 23 tahun, mencipta sejarah pada 2018 dengan menjadi pemuzik Asia pertama yang berada di tangga teratas carta Hip-Hop gedung iTunes menerusi album sulungnya AMEN.


Seperti NIKI, Rich atau nama sebenarnya Brian Imanuel Soewarno, juga gembira lagunya dijadikan runut bunyi filem Marvel dengan beliau turut menebarkan sayap di peringkat antarabangsa. Dari pengalamannya bermastautin di Amerika pada usia 17 tahun, beliau akur setiap orang tidak harus takut untuk bermimpi bagi pergi jauh dalam kerjayanya.

Rich bekerjasama dengan artis antarabangsa 21 Savage, Offset dan Playboi Carti serta aktif membuat persembahan di beberapa festival ternama dunia.

Generasi TikTok pula pasti terhibur dengan XG, kumpulan gadis berbilang bahasa yang terdiri daripada tujuh anggota berbangsa Jepun yang kini berpangkalan di Korea Selatan. Kumpulan ini tular di TikTok dengan video Galz Xypher mereka yang meraih 14 juta tontonan di platform media sosial.


Pada Januari 2023, lagu Inggeris mereka, Shooting Star dan Left Right berjaya menduduki carta Spotify’s Viral Top 100 di 46 kawasan.Shooting Star juga berada dalam carta US Top 40.


Atarashi Gakko! pula adalah kumpulan gadis Jepun yang membuat persembahan dengan seragam sekolah dan menyajikan tarian yang dicipta sendiri. Mereka mewakili generasi muda di Jepun yang tidak takut meluahkan rasa dalam persembahan yang keluar dari zon selesa serta menampakkan kelainan.

Kumpulan empat orang ini dikenali kerana lagu ‘hit’ OTONABLUE, WOO! GO! dan NAINAINAI.


NIKI, Rich, XG, Atarashi Gakko! dan artis 88rising lain akan menyajikan persembahan bertenaga di Zon 4, Padang Stage pada 15 September.

Bagi pendengar muzik yang dewasa pada tahun 1980-an lagu-lagu band pop Britain, Culture Club, seperti Do Your Really Want To Hurt Me and Karma Chameleon pastinya terngiang-ngiang di fikiran. Dipimpin penyanyi ikonik yang kaki bergaya, Boy George, kumpulan ini sudah menjual lebih 50 juta album merata dunia.


Mereka akan membuat persembahan di Zon 1, Wharf Stage, pada 16 September. Satu persembahan eksklusif Boy George buat tamu di kemudahan Twenty3 juga dirancang pada 17 September.

Dalam pada itu, band rok Tennessee, Amerika, Kings of Leon, akan membuat persembahan dua malam – di Zon 4, Padang Stage pada 16 September dan Zon 1, Wharf Stage pada 17 September. Pilihan lagu dari lapan album mereka akan disajikan dalam kunjungan sulung mereka ke Singapura.

Setelah menjelajah pelbagai festival dunia termasuk Coachella, Glastonbury dan Lollapalooza’s di Berlin, Sao Paulo, Chicago dan Santiago, ini peluang buat mereka menghiburkan pencinta muzik di luar Jepun, satu-satunya negara Asia yang pernah dikunjungi sebelum ini.

Band Britain kegemaran ramai dari era 1970-an, Madness, juga akan menyatukan penggemar pesta menyanyi dan menari ‘live’ di Zon 1, Wharf Stage pada 16 September. Lagu mereka yang rancak dan pasti bermain di fikiran seperti Our House, One Step Beyond dan House of Fun tentunya ‘menggila’.


Dalam pada itu, Groove Armada duo muzik elektronik dari Britain yang ditubuhkan pada 1995 akan juga menyerikan persembahan sempena perlumbaan Formula 1 dengan lagu mereka, At the River, I See You Baby dan Superstylin’. Mereka akan membahangkan suasana sebelum lumba Formula 1 bermula di Zon 4, Padang Stage pada 17 September.


Di Circuit Park, artis antarabangsa seperti The Kooks (Britain), JOAN (Amerika), San Cisco (Australia), Meg Mac (Australia), Safia (Australia), Kalpee (Trinidad & Tobago), Sunwich (Indonesia). Jinan Laetitia (Indonesia), Airlifts (Malaysia) dan aswekeepsearching (India) akan menghiburkan orang ramai.

Artis tempatan pula terdiri daripada band R&B dan soul Astronauts, penyanyi dan penggubah lagu pop Matilde G, Sam Dreebsby, kumpulan tarian Royalusion dan band rok indie Hijack Hayley.

Semua tiket ke Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2023 boleh digunakan untuk menonton konsert di Zon 4, Padang Stage.

Tiket $108 (satu hari) dan $398 (pass tiga hari) boleh ditempah di laman www.singaporegp.sg dan menerusi rakan kerjasama yang tersenarai dalam laman rasmi Singapore Grand Prix 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >