Selama sedekad dalam dunia lakonan profesional, tidak pernah wira tampan Singapura, Hisyam Hamid, mendapat peranan lelaki yang berwajah selekeh, payah menguntum senyuman dan penuh tersemat kemarahan dalam jiwanya.
Watak bekas pegawai polis dalam filem La Luna bernama Pa’at bak gunung berapi dengan lahar membuak yang menanti masa untuk meledak.