Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Iklan ‘scam’, gangguan pesanan lucah dorong Zara Zya buat laporan polis

Aug 14, 2023 | 03:52 PM



Pelakon Malaysia, Zara Zya membuat dua laporan polis yang masing-masing berkaitan wajahnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk penipuan serta gangguan seksual oleh seorang individu tidak dikenali.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi dua laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada Sabtu.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata laporan polis terbabit adalah bagi tujuan pengajaran selain ingin memberi keadilan ke atas dirinya yang telah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab, lapor laman Kosmo! Online.


“Anda berani buat, jangan fikir saya tidak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu. Seseorang telah terlibat menggunakan nama dan gambar saya untuk penipuan atau scam pelaburan secara dalam talian (menggunakan nama kerja kosong Ipoh 2023) baru-baru ini,” tulisnya.


Dalam perkongsian yang dibuat itu, pelakon yang pernah membintangi drama Pia itu turut berkongsi tangkap layar iklan kerja yang diiklankan dalam Facebook menggunakan nama serta wajahnya.


Bagi laporan polis kedua pula, Zara mengambil tindakan kerana menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu yang mengganggunya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Zara, individu terbabit telah mengganggunya secara lisan dengan menghantar gambar-gambar tidak sopan (lucah) selain membuat panggilan telefon bertubi-tubi sehingga membuatkan emosinya terganggu.

“Gangguan ini berlaruan sejak beberapa bulan lepas sehingga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan saya. Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mengambil keterangan saya. Diharapkan tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pelaku-pelaku ini,” kata Zara.

Meninjau dalam ruangan komen, ramai pengikutnya bersetuju apabila Zara berani membuat laporan polis demi menjaga keselamatan terutama membabitkan individu yang mengganggunya.

“Tindakan patut diambil untuk individu sebegitu supaya tidak melakukannya terhadap orang lain,” kata seorang pengguna Instagram.

“Tolong jaga diri. Takut si pelaku jadi lebih aktif,” nasihat seorang peminatnya.

“Jaga diri Zara. Bagus awak buat laporan polis. Pastikan berteman kalau pergi ke mana-mana,” ujar seorang warganet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >