Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kes tangkap khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies mohon maaf dan ingin jelas keadaan sebenar

Mar 10, 2024 | 04:36 PM



Setelah terbabit dalam isu ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada dinihari 9 Mac, pelakon asal Singapura, Aliff Aziz dan pelakon Malaysia, Ruhainies, tampil meminta maaf di InstaStory masing-masing selepas dibebaskan dengan ikat jamin sekitar 2 petang hari yang sama.

Mereka akan memberi penjelasan untuk memperbetulkan butiran fakta yang mereka anggap tidak tepat berhubung dengan perkara itu, sebagaimana yang tular di media sosial.

Aliff, 33 tahun, dan Ruhainies, 31 tahun, sedang menjalani penggambaran bagi drama aplikasi iQiyi, Terjerat ketika ini, tetapi dilaporkan tidak hadir ke set menyusuli kejadian itu.


Mereka dilaporkan menanti pendakwaan dibuat di mahkamah pada satu tarikh dalam tempoh terdekat.

Aliff menulis di InstaStorynya:

“Assalammualaikum wbt kepada semua.

“Melihat pada situasi yang berlaku semalam, terdapat banyak spekulasi dan laporan yang ditokok-tambah mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

“Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah. Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi.”

Menurut juara peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) itu, beliau bukan ingin menegakkan benang yang basah tetapi sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar.

“Selebihnya, saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua. Insya-Allah,” ujarnya.

Ruhainies, atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, pula menulis:

“Assalammualaikum. Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah.”

Beliau kemudian memuatnaikkan kata-kata “Selangkah demi selangkah” pada InstaStorynya.

Awal sebelum ini, dilaporkan di media seberang bahawa sepasang selebriti telah dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah milik artis wanita yang terbabit.

Dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pegawai Jawi dikatakan terpaksa menunggu hampir tiga jam sebelum pintu unit kondominium itu dibuka. Bantuan pegawai bomba diperolehi dan setelah diberitahu pintu kondominium akan dipecahkan jika tidak dibuka, barulah ia dibuka artis berkenaan.

Isteri Aliff, Bella Astillah, yang ditemani adiknya Didi Astillah dan rakannya, penyanyi Adira Suhaimi, di Pejabat Agama Islam sekitar 2.40 pagi, cuba diwawancara program Melodi.


Wartawan penyiar bagaimanapun diminta agar memberi ruang buat Bella yang kelihatan sedang mengelap air matanya dan berada dalam keadaan terkejut.

Berkaitan dengan kes itu, mula tersebar rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) kondominium bertarikh 25 Februari yang menunjukkan dua individu mirip Aliff dan Ruhainies sedang berjalan dari lobi kondominium ke lif.

Video lama Ruhainies dan isteri Aliff, Bella Astillah, yang dianggap sahabat baik, juga mula tular, dengan beberapa warganet mempersoal mengapa Ruhainies sanggup melakukan perkara yang menggores hati temannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >