Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kisah cinta Sabri Yunus, Angeline Tan sentuh jiwa

Oct 25, 2023 | 01:30 AM



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, anak-anak, keluarga saya dan Angeline serta semua rakyat Malaysia mendoakan kami,” katanya.


Demikian luahan pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus yang bersyukur perkahwinannya bersama Angeline Tan atau nama islamnya, Ardini, diberi sokongan dan penerimaan positif, meskipun dilanda kontroversi.

Sabri berkata, beliau hanya mahu peduli kepada mereka yang mendoakan perkara baik buat perkahwinannya.

“Anak-anak, keluarga kami dan seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan. Semuanya menerima dan menyokong, Alhamdulillah. Saya lebih rela ‘amin’ kan doa rakyat Malaysia, daripada doa seorang atau dua yang tidak suka kami berkahwin.

“Saya pernah cakap kepada Angeline dalam niat bergurau, kalau kita kahwin seluruh rakyat Malaysia, suka. Itu saya katakan sudah lama sebelum kami bersama. Mungkin tiga atau empat tahun lepas dalam tempoh kami berkawan rapat.

“Itu antara ayat awal saya mahu ‘mengorat’ Angeline. Alhamdullillah, doa ini diperkenankan,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Sabri ditemui pada majlis pelancaran Unifi TV Originals iaitu Nak Dengar Cerita Hantu di pusat beli-belah, baru-baru ini. Beliau tidak menolak menghasilkan naskhah berinspirasikan kisah cinta dengan Angeline.


“Insya-Allah. Saya tak nampak apa-apa lagi, tapi itu mungkin perlu untuk saya dedahkan,” katanya.

Bertanya mengenai perubahan kehidupannya selepas berkahwin, Sabri berkata, tidak banyak perbezaan dialami memandangkan beliau dan Angeline pernah berkahwin sebelum ini.

“Saya rasa tiada apa sangat sebab saya pernah melalui hidup berumahtangga, ada isteri dan anak-anak. Cuma saya ‘stop’ selama 16 tahun sahaja, kami putus dan sekarang saya kembali berkahwin.

“Angeline juga pernah berumahtangga, jadi tiada benda pelik, baru atau luar biasa. Masing-masing tahu apa nak buat. Dulu pernah melalui, jadi semuanya okey,” katanya.

Bertanya tentang penghijrahan Angeline, Sabri berkata, isterinya masih dalam fasa mengenali dan memahami Islam. Sebagai suami, beliau tidak mahu terlalu memaksa.

“Secara mudah, saya beri tempoh tiga tahun untuk Angeline mengenali dan memahami Islam. Kemudian Angeline masuk Islam barulah kami berkahwin.

“Jadi, saya tak harap Angeline buat semua, misalnya bangun pagi esok kena sembahyang. Tak mungkin. Biarlah dia mengambil masa untuk memahami Islam.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Angeline mula memahami Islam. Kalau tidak memahami, mungkin isu sebelum ini boleh menghancurkan keluarga kami.

“Nasib baik Angeline faham dan pada peringkat awal, saya tak mendedahkannya dengan isu-isu ini kerana berat untuknya.

“Sehingga hari bernikah barulah saya beritahu Angeline dalam Islam ada dua pandangan berbeza. Isteri terperanjat tapi Alhamdulillah okey. Dia juga mampu menjelaskan kepada keluarga dan rakan-rakan yang bertanya,” katanya.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis, pada 14 Oktober lalu.

Sebelum ini, Sabri kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat barah. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Angeline pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >