Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Masjid negara eksotik kekal relevan

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Jika anda menjelajah dunia dan kepingin berasakan ketenangan berada di masjid-masjid negara eksotik, anda boleh singgah ke beberapa ruang beribadah berikut.

BRAZIL: MASJID OMAR IBN AL-KHATAB

Bertempat di Foz do Iguacu sekitar Parana, Brazil, anda temui Masjid Omar Ibn Al-Khatab yang dirasmikan pada 23 Mac 1983. Luarannya tampak menenangkan dengan diselaputi cat putih.

Seni binanya mendapat inspirasi daripada Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. Nama masjid ini pula sempena nama sahabat Nabi Muhammad saw, Omar Ibn Al-Khatab.


Hiasan dalaman masjid ini memang indah dan menyejukkan pandangan mata.







HUNGARY: MASJID YAKOVALI HASAN PASA

Inilah masjid yang agak lama di Hungary dan dibina sekitar awal abad ke-17 di Pecs, bahagian selatan Hungary.

Pada ketika itu, kawasan ini merupakan sebahagian daripada Empayar Ottoman Turkey.

Masjid ini dinamakan mengikut nama pegawai kerajaan yang meminta masjid ini dibina, Yakovali Hasan Pasar atau Hasan Pasha dari Yakova.

Hingga ke hari ini, ia dianggap sebagai masjid tertua yang masih wujud di Hungary dengan strukturnya kekal tidak diubah sejak era Ottoman lagi.

Masjid ini masih aktif sebagai tempat umat Islam beribadah.

Ia juga menyediakan ruang kecil bagi mempamerkan seni kraf tangan dan artifak bersejarah Turkey yang menyusuri kisah silam Ottoman di Hungary.







ICELAND: MASJID BESAR ICELAND

Yayasan Iceland adalah pertubuhan yang dikhususkan untuk mencorak dan membangun rangka kerja pertubuhan mengikut piawaian Scandinavia.

Ia memberi tumpuan kepada pendidikan, budaya dan komunikasi peradaban.

Ibu pejabat yayasan ini bertempat di Reykjavik dan ditubuhkan pada 2010. Pejabat utamanya adalah di Reykjavik.

Visinya adalah untuk menjadi pertubuhan di Iceland yang mempunyai daya saing untuk menyampaikan budaya Arab dan Islam menerusi komunikasi beradab.

Kaum minoriti Muslim di Iceland juga diberi ruang untuk bersuara agar mereka dapat rasai diri sebahagian daripada kalangan ummah di masjid ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >