Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Menu Hari Kebangsaan Swensen’s buat rambang mata

Aug 05, 2023 | 05:30 AM



Swensen’s, kedai aiskrim dan restoran kegemaran ramai, meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-58 dengan menu lazat dan patriotik yang pasti memikat selera dan menimbulkan rasa bangga terhadap negara.

Dengan pelbagai hidangan yang menggambarkan cita rasa tempatan, Swensen’s telah mencipta sajian unik untuk menyambut peristiwa bersejarah ini.

Sementara negara ini meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian budaya, Swensen’s memberi penghormatan pada menu yang menyatukan cita rasa klasik Singapura dan inovasi moden. Justeru, semuanya disajikan dengan sentuhan nostalgia mengikut cita rasa rakyat Singapura.







Sebagai pembuka selera, pengunjung boleh mencuba ayam goreng sos telur asin ($8.80) di mana perisanya sangat dekat dengan hati rakyat Singapura. Ini satu hidangan yang baik untuk pembuka selera kerana ayamnya rangup dan diselaputi sos telur asin. Rasa lemak, pedas dari cili padi serta daun karinya juga semerbak harum.







Hidangan popular Burger Nasi Lemak ($15.80) kembali sekali lagi tahun ini dengan ciri-ciri yang diperbaiki.

Peha ayam yang rangup dijadikan pati, disusun antara roti brioche yang dipanggang dan disapu dengan sos coco-mayo (sos mayonnaise berperisa kelapa).


Burger itu juga mengandungi timun, telur rebus yang dihiris dan sambal nasi lemak.

Walaupun diberikan ‘twist’ fusion di mana hidangan tradisional nasi lemak ini di susun sebagai burger, hidangan itu berjaya mengimbangkan ciri-ciri sajian gabungan tradisional dan moden, di mana burger itu dilengkapi dengan ikan bilis dan kacang tanah serta kentang goreng.







Satu lagi hidangan utama yang disajikan Swensen’s ialah pasta Linguine Laksa Kering ($15.80), sajian fusion yang harum dengan rempah ratusnya.

Aroma hidangan ini sungguh menyelerakan dengan keharuman taburan daun kesum, yang lazimnya didapati dalam laksa.

Rasanya lemak dan tidak pedas, disajikan dengan dua udang harimau yang segar, hirisan kek ikan dan tahu kering.







Bagi menyejukkan diri dalam panas tropika Singapura, Swensen’s menawarkan minuman ‘Pandan Kaya Cloud’ ($5.80). Air pandan ini harum dan menyegarkan serta ditaburkan dengan hiasan kelapa dan juga mengandungi boba gula perang.







Bagi melengkapi sajian anda, Swensen’s menyediakan pencuci mulut berupa burger aiskrim ($12.80). Hidangan ini merupakan roti brioche dengan aiskrim vanila yang disiram sos butterscotch.


Menu Hari Kebangsaan Swensen‘s akan disediakan dari 14 Julai hingga 30 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >