Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Muzikal onak duri anak seni buka peluang pertama buat bakat SG

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



DI pentas teater dan kaca televisyen, Azzy Mozerin telah diamanahkan pelbagai peranan yang memerlukannya bermain dengan pasang surut emosi, baik resah, marah, sedih mahupun gembira.



Namun, di ambang pementasan teater muzikal '2Puluh1-Jalinan Yang Teguh' pada 26 Februari ini, Azzy, 30 tahun, terasa kian berdebar-debar.



Ini adalah kerana buat julung-julung kalinya beliau diamanahkan dengan tugas besar selaku penerbit teater muzikal yang disajikan kumpulan seni Variasi Performing Arts sempena projek dwitahunan Pestariasi, yang diadakan bagi musim ke-10.



Muzikal dengan naskhah tulisan penulis belia Md Faiz Othman dan Sarifah Ibrahim ini dipentaskan di Teater Blackbox, Pusat Seni Goodman pada 3 petang dan 8 malam.



Ia dijayakan barisan pelakon Syah Riszuan, Ferra Amiera, Mujahid Mohd, Syamyl Nurmatin, Faiz Othman, Hisyam Salimnoor, Tanty Yushida, Ace Iskandar dan ramai pelakon pembantu.



Semua tiket bagi kedua-dua sesi muzikal sudah habis dijual.



RAI ULANG TAHUN KE-21



'2Puluh1' merujuk pada usia Variasi Performing Arts yang meraikan ulang tahun ke-21 tahun ini.



Kumpulan ini diterajui Raja Hamzah Raja Zulkifli selaku Presiden, Pengarah Bersekutu dan Pengarah Artistik.



Menerusi 2Puluh1 - Jalinan Yang Teguh, kisah cabaran si anak seni yang mengejar impian sambil mengutuhkan jalinan kekeluargaan dan persahabatan disajikan.



Melalui kisah penubuhan syarikat Inspirasi Seni yang tidak mendapat sambutan ramai sehingga berdepan dengan kerugian dan dihimpit hutang turut diselongkar.



Apa jadi pada cita-cita kumpulan ini apabila kerjasama dengan rakan seni The Contractors untuk tempoh 20 tahun menimbulkan masalah tatkala The Contractors tidak berpuas hati dengan kelakonan lemah Inspirasi Seni sehingga kontrak yang ditandatangani ingin ditarik balik?



Ketika dihubungi Berita Harian menerusi Zoom, Azzy menjelaskan ramai anak seni boleh mengaitkan diri mereka dengan jalan cerita muzikal yang membuka kisah anak seni dengan nyala rasa untuk terus bertahan walau situasinya sulit.



"Alhamdulillah, saya bersyukur diberi kepercayaan oleh Abang Hamzah untuk menjadi penerbit muzikal buat kali pertama.



"Saya sudah biasa dalam zon selesa saya sebagai seorang pelakon dan tiada latar belakang menerbitkan muzikal seperti ini. Jadi saya belajar dalam rangka bertugas.



"Saya perlu banyak bertanya dan mengkaji serta membayangkan apa yang diperlukan untuk merealisasikan sebuah teater muzikal.



"Ternyata ia bukan mudah sebab kita perlu satukan semua orang, dari pelakon hingga kru teknikal.



"Saya kerap perlu bertanya dengan kumpulan pelakon, kumpulan penari dan kru belakang tabir, 'Semua dah ok?'



"Kerana ada yang bekerja dan ada yang bersekolah, jadual latihan kami perlu dibuat untuk memenuhi jadual semua yang terlibat. Amanah saya adalah memastikan semua orang berada di landasan yang sama setiap masa," jelasnya.



APABILA PEMENTASAN DITUNDA



Azzy, lulusan Politeknik Temasek (TP) yang mula menceburi bidang teater sejak 2016, menambah peningnya seorang penerbit timbul apabila pementasan yang awalnya dirancang untuk September tahun lalu terpaksa ditunda hingga Februari kerana keadaan tidak mengizinkan.



"Apabila banyak pertukaran berlaku termasuk lokasi muzikal dan barisan pelakon yang tidak boleh beri komitmen untuk Februari, itulah tempoh mencabar seorang penerbit.



"Perlu cari pelakon baru bagi menggantikan pelakon asal dalam tempoh yang singkat serta banyak penyesuaian kemudian perlu dibuat kerana kami perlu bangun semula momentum.



"Alhamdulillah berkat sokongan semua yang terlibat, dari pihak pengurusan, pelakon dan kru teknikal, segalanya berjalan lancar. Saya juga harus memuji pelakon utama, Syah Riszuan, yang sangat sibuk dengan bermacam projek seni tetapi pastikan komited pada muzikal ini," tambahnya.



Azzy, lantaran itu, hargai pengalaman berharga yang membuatnya lebih menyanjung budi wira seni di belakang pentas.



"Kalau dahulu sebagai pelakon, saya fokus pada tugas saya berada di depan kamera. Kini saya tahu kesulitan yang di hadapi dalam tugasan belakang kamera.



"Sikap saling menghormati juga perlu. Hanya kerana saya penerbit bukan bererti saya lebih berkuasa dan orang perlu dengar cakap saya. Kami saling berkongsi demi bina budaya bekerja secara harmoni dan saling bergantungan. Ia memudahkan tugas," jelasnya.



Apa harapan Azzy bagi pementasan ini?



"Saya harap kita dapat lihat seni sebagai satu sektor di mana kecemerlangan anak Melayu juga boleh dicapai.



BERI HARAPAN



"Di sebalik keraguan sesetengah orang kita bahawa seni tidak membawa masa depan, muzikal ini memberi semacam harapan seni juga mampu mencorak minda positif generasi muda kita," katanya.



Finalis Anugerah 2021, Ace Iskandar, 36 tahun, yang mendapat tempat ketiga dalam peraduan tersebut pula teruja kerana menjayakan muzikal buat kali pertama.



"Apabila Hamzah bertanya kepada saya jika saya berminat menjayakan muzikal ini, saya teruja sebab ia pengalaman yang sangat baru buat saya.



"Saya boleh menyanyi dan menari sedikit-sedikit. Apa yang saya dapat perolehi dalam pementasan ini adalah kemahiran berlakon.



"Walaupun adegan saya sebagai si putera dan anak penggiat seni dan pengasas Inspirasi Seni, Tengku Nabil, tidak banyak, ia permulaan yang baik," katanya.



Finalis peraduan cipta lagu Suria, Projek Lagu, Wawan Husen, seorang komposer dan penyanyi yang aktif bersama Variasi Performing Arts pula berhempas-pulas mencipta belasan lagu baru bagi muzikal ini.



Wawan, 31 tahun, berkata beliau sukakan kerjasama antara bakat baru dan mapan dalam muzikal ini.



"Saya menggunakan lagu baru termasuk yang dicipta untuk Projek Lagu bagi muzikal ini.



"Apa yang saya senangi tentang setiap projek Pestariasi yang diusahakan Variasi Performing Arts adalah pengenalan bakat baru yang boleh diasuh sehingga kita lihat hasilnya dengan sebilangan daripada mereka kini ada dalam persada televisyen, baik dalam dunia lakonan atau nyanyian.



"Syah adalah anak muda yang saya anggap berpengalaman kerana terdedah pada seni sejak kecil. Ace pula baru dalam dunia muzikal. Saya harap semua bakat dalam muzikal ini dapat beri tenaga yang sama semaraknya dan saling beri inspirasi pada satu sama lain," tambah Wawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >