Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nikmati busana linen menyejukkan

Apr 29, 2024 | 11:17 AM



Linen merupakan fabrik yang diperbuat daripada serat tanaman flaks.

Secara saintifk, ia terbukti sebagai fabrik yang lebih mendinginkan daripada kapas atau sutera.

Menurut rencana majalah, Vogue, profesor rekaan pakaian dan sains serat dari Universiti Cornell, Profesor Jintu Fab, menulis, bahawa linen adalah bahan selesa untuk dipakai pada musim panas kerana ia mempunyai serapan kelembapan yang tinggi dan boleh memelihara bentuk busana.

Dengan cuaca yang panas di Singapura, busana yang diperbuat daripada kain yang menyejukkan pastinya menjadi pilihan utama ramai orang.

Jenama Marks & Spencer kini menawarkan koleksi linen terbarunya yang dicipta hasil daripada teknologi Cool Comfort™ yang memastikan anda berasa dingin dan menyegarkan, walaupun pada hari panas.


Diperbuat daripada 100 peratus linen, ia bukan sahaja mudah dijaga, malah pemakai boleh menikmati pakaian yang ringan dan kekal selesa sepanjang hari.

Marks & Spencer telah menghasilkan rekaan busana linen terbaru itu bagi memastikan anda kelihatan dan rasa paling selesa, tidak kira di rumah atau di luar.

Busana linen terkini itu juga direka dengan fungsi Easy Iron iaitu mudah diseterika supaya ia tidak senang ronyok dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan bentuknya.


Pilih daripada aneka jenis gaya dan potongan, daripada longgar sehingga berbentuk, sesuai untuk setiap acara.

Kini, terdapat promosi waktu terhad di Marks & Spencer.

Mulai 25 April hingga 5 Mei ini, nikmati promosi linen dengan membeli dua atau lebih item dan dapatkan diskaun sebanyak 15 peratus bagi pelanggan yang tidak mempunyai keahlian BLUE.

Diskaun sebanyak 20 peratus pula akan diberikan secara eksklusif kepada pelanggan yang mempunyai keahlian BLUE apabila anda membeli linen wanita atau lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >