Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Bollywood terkesan bawa watak mantan PM India

Jan 30, 2024 | 05:11 PM



Personaliti mantan Perdana Menteri India, Encik Atal Bihari Vajpayee, yang juga gemar berpuisi bahkan mendeklamasikannya di sidang Parlimen membuatkan pelakon Bollywood, Pankaj Tripathi, tertarik.

Menurutnya, dalam satu wawancara bersama laman ComingSoon.net, keperibadian itu jarang dilihat ada pada ahli politik lain.


Pankaj, 47 tahun, yang membawakan watak Encik Vajpayee dalam filem riwayat hidup Main Atal Hoon, berkata:


“Encik Vajpayee adalah pemimpin yang mempunyai musuh ketat yang juga mengaguminya.

“Dengan membawakan watak ini, saya belajar tentang perlunya seorang individu bersikap demokratik dari dalam sehinggakan jika dia dikecewakan seseorang, dia tahu dia hanya marah dengan orang berkenaan tanpa menyimpan dendam.

“Kalau pun dia dibenci, dia tetap rasa puas menegakkan kebenaran. Encik Vajpayee menggalak saya untuk meyakini bahawa setiap orang boleh buat apa sahaja dalam kehidupan.”

Sebagai Perdana Menteri India untuk tiga penggal, pencapaian politik Encik Vajpayee diketengahkan dalam filem ini tetapi beliau juga dipaparkan sebagai sasterawan dan penggubal dasar yang berkesan.

Sebagai penonton, anda dibawa melihat kehidupan awal, perkembangan kerjaya dan sumbangan bermaknanya pada kemajuan India.

Mengimbas pertemuannya dengan Encik Vajpayee pada dua sesi rapat politik, Pankaj berkata:

“Saya sebenarnya bimbang bolehkah saya membawa wataknya dengan berkesan. Namun, saya pernah menghadiri sesi rapat politiknya dan berada dalam lautan hadirin sekitar 500 meter daripada pentas itu. Terasa kesan ucapan dan puisinya.”

Ternyata, puisi Encik Vajpayee yang meninggal dunia pada 2018 sarat dengan pesanan perjuangan dan kemanusiaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >