Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Rashidi Ishak dan pengarah Kampung People, Wan Hasliza, diijabkabul

Feb 02, 2023 | 05:45 PM



PELAKON Rashidi Ishak mengakhiri zaman duda selepas memilih penerbit dan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin sebagai jodoh dalam majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Khamis (2 Februari).



Berita gembira itu dimaklumkan jurusolek dikenali sebagai Mas Hashim menerusi laman Facebook (FB) miliknya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Menerusi hantaran berkenaan, jurusolek itu memuatkan foto Rashidi berbaju Melayu putih lengkap dan duduk di sisi Wan Hasliza yang mengenakan baju kebaya dengan warna sama.



"Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa," tulisnya.



Bagaimanapun, cubaan BH Online mendapatkan kenyataan Rashidi dan Wan Hasliza yang juga pengarah dan penerbit drama Kampung People tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.



Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Maryam Rashika.



Ikatan perkahwinan selama 17 tahun itu terlerai apabila masing-masing memutuskan untuk berpisah pada 9 Ogos 2018.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >