Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BAHASA & BUDAYA

Pementasan ‘Luas’ singkap pancaroba pesakit demensia, Alzheimer

Pentas Budaya 2023 kupas masalah penyakit saraf otak yang dihidapi sesetengah warga emas
Jun 13, 2023 | 05:06 PM



Seorang dalam 10 warga Singapura berusia 60 tahun ke atas mengalami demensia.

Ini berdasarkan data HealthHubSG.

Demensia adalah penyakit saraf otak yang menjejas kebolehan seseorang untuk berfikir, mengingat, memperolehi maklumat dan kemahiran baru serta mengatasi cabaran.

Penyakit Alzheimer pula adalah antara cabang demensia. Penyakit Alzheimer merujuk kepada kemerosotan sel saraf otak.

Justeru, untuk meneroka topik demensia, segolongan mahasiswa Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) mempersembahkan ‘Luas’, pementasan teater Melayu yang mengetengahkan tentang isu penyakit Alzheimer.

Ia sebahagian daripada pementasan teater tahunan anjuran PBMUKS di bawah acara Pentas Budaya.

Pentas Budaya adalah wadah bagi memperkaya kehidupan mahasiswa yang terlibat dalam persembahan ini.

Tahun ini, ia ditulis dan diarah oleh Encik Muhammad Danial Afiq Fharick, 21 tahun.

Pementasan sebegini diharapkan akan dapat menggalakkan pemikiran kritikal dalam kalangan penonton terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat Melayu.

Menurut Encik Danial, ‘Luas’ memberi tumpuan kepada perjalanan seorang pesakit Alzheimer dan keluarganya.

Secara khusus, ia menceritakan perjalanan Tok, seorang pesakit Alzheimer dan pengalaman keluarganya menjaga Tok.

Keluarga Tok menghadapi pelbagai cabaran dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

Selain itu, ‘Luas’ turut mengetengahkan tekanan dan kesukaran yang dihadapi penjaga pesakit Alzheimer.

Adalah menjadi harapan Encik Danial dan pasukannya bahawa persembahan itu dapat meningkatkan kesedaran, mendidik sambil menghiburkan orang ramai.

Melalui pementasan teater itu, Encik Danial menghurai dan memberi pendedahan, terutamanya bagi mereka yang kurang berpengetahuan tentang penyakit Alzheimer.

“Selalunya, penyakit Alzheimer akan datang tanpa diduga. Pesakit dan keluarga mereka mungkin tidak berpengetahuan tentang penyakit ini.

“Saya harap persembahan ini menjadi wadah bagi mereka yang ingin tahu lebih tentang penyakit Alzheimer…

“Selain ini, saya juga harap penonton dapat lebih memahami keadaan mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer,” tambah Encik Danial.

Inspirasi disebalik tema ‘Luas’ datang daripada pengalaman Encik Danial sendiri, apabila beliau menjaga arwah datuknya yang juga mengalami penyakit Alzheimer pada masa itu.

“Saya mula membuat penyelidikan tentang penyakit Alzheimer dengan membaca buku tentang penyakit ini dan daripada menonton video yang terdapat di dalam talian…

“Tambahan pula, adalah penting bagi orang lain mengetahui tentang kesukaran mereka yang sedang mengalami demensia atau penyakit Alzheimer,” kata Encik Danial.

‘Luas’ dipentaskan dalam gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan sari kata bahasa Inggeris.

Terdapat tiga waktu pementasan iaitu 8 petang pada 16 Jun 2023; 3 dan 8 petang pada 17 Jun 2023 di Gateway Theatre Black Box, Tingkat 8.

Tiket berharga $21 dan boleh didapatkan menerusi laman https://tinyurl.com/LUASPB23.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >