Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Izzathy Halil korban masa demi ibu derita barah tekak

Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Semasa bersiap sedia untuk menaiki pentas untuk rakaman rancangan hiburan Hari Raya Haji, Rayakustika 2023 baru-baru ini, penyanyi Singapura, Izzathy Halil, 26 tahun, dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan dan membuatnya resah.


Beliau baru diberitahu bahawa ibu kesayangannya, Cik Asimah Ahmad Rahim, 65 tahun, menghidap barah tekak.

Hanya dua minggu sebelum itu, ibunya sesak nafas dan batuk berdarah.

Walaupun dibebani kerisauan tentang keadaan ibunya, Izzathy tetap tenangkan diri, tersenyum dan memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.

“Ibu sayalah yang banyak berkorban untuk saya. Beliaulah yang akan membawa saya ke semua persembahan saya. Dari umur empat tahun, beliaulah yang memasukkan saya ke kelas-kelas tarian di Sri Warisan, sertakan saya dalam penerbitan program itu dan ini, dan macam-macam lagi,” singkap Izzathy.

Izzathy diundang khas bagi rancangan Rayakustika 2023 untuk menghiburkan penonton bersama-sama dengan penyanyi yang pernah memenangi pertandingan Singapore Idol, Asian Idol dan Gegar Vaganza 6, iaitu Hady Mirza.


Hady Mirza turut berganding bahu dengan Marina Yusof selaku pengacara rancangan tersebut

Turut serta adalah bakat Singapura yang pernah menyertai Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman, Suryana Norddin, Elfie Ismail, Awi Rafael dan Haizad Imran.


“Allah sahaja yang tahu…” kata Izzathy menahan perasaannya menempuh dugaan berat itu.

Menurutnya , ibunya tidak lagi boleh bercakap. Dalam pertengahan Julai nanti, ibunya akan melalui satu pembedahan untuk mengeluarkan peti suaranya.

“Ibu saya dulu bersama kumpulan Boria, dan memang boleh menyanyi juga,” cerita Izzathy tentang bakat yang dimiliki ibunya.

Minat ibunya dalam bidang seni telah mendorongnya mengikut jejak langkah yang sama.

Berbekal minat mendalam dalam bidang seni serta bakat yang terserlah, Izzathy meneruskan pelajaran dalam bidang seni dan memperolehi diploma dalam bidang persembahan, dan seterusnya meraih ijazah Sarjana Muda dalam Teater Muzikal dari Maktab Seni LaSalle.

“Sejurus tamat pengajian, waktu itu tidak ada banyak pekerjaan disebabkan Covid-19. Jadi, setelah saya pertimbangkan, saya membuat keputusan untuk menyertai Music and Drama Company kerana saya masih lagi bebas untuk membuat persembahan di luar, seperti menyanyi di kelab malam, bersama band saya Raw Energy, dan juga menerima jemputan seperti Rayakustika 2023.


“Penting juga untuk kami sebagai artis kekal menyumbang dalam industri sekali gus pertingkatkan mutu persembahan kami,” tambahnya.

Izzathy juga sedang mengusahakan beberapa lagu yang diciptanya sendiri tetapi belum lagi bersedia untuk mengeluarkannya. Beliau turut berminat dalam bidang lakonan dan sedang berusaha untuk melibatkan diri dalam teater setempat.

“Seorang artis yang saya minati tetapi belum dapat kesempatan bekerjasama ialah Sezairi Sezali (pemenang Singapore Idol 2019). Saya tak kenal beliau pun, tetapi saya ingin sekali bekerjasama dengannya.”


Namun buat waktu ini, tumpuan Izzathy ialah kepada ibu tersayang dan memastikan ibunya mendapat rawatan sebaiknya.

“Pengorbanan saya waktu ini ialah menjaga ibu saya, termasuk mengurangkan masa bersosial dan memberikan beliau sepenuh perhatian. Saya juga bekerja lebih keras untuk keperluan sendiri,” kata penyanyi manis itu.

Nota: Rayakustika 2023 boleh ditonton di aplikasi meWATCH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >