Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Teruja kunjungi Singapura untuk pertama kali

Penyanyi Salma Mentor tabah berkarya

Jun 07, 2023 | 01:22 PM



Dua gelaran juara bagi peraduan realiti telah diraihnya – Juara Mentor 5 pada 2011 dan 3 Juara pada 2016.


Namun, nama penyanyi Salma Asis atau Salma Mentor masih asing dan kurang dikenali di Singapura.

Namun begitu, anak kelahiran Tawau, Sabah ini terus cekal dan gigih melayari dunia seni dan telah pun melancarkan single terbaru Yang Kau Minta dan Jom Jom Raya, serta lagu duet Akira bersama Ezad Lazim.


Lagu duet ini dihasilkan sebagai runut bunyi drama bersiri Akira Khan pada Januari lalu. Drama tersebut dipadankan daripada karya penulis novel, Siti Rosmizah Semail.

Ketika ditemui di acara anjuran MakMok Productions di Iris Ballroom, City Plaza baru-baru ini, Salma, 33 tahun, mengakui inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Singapura, untuk berjumpa dan menghiburkan peminat di sini.


Beliau teruja berada di Singapura, justeru menggunakan peluang untuk bersiar-siar di tempat-tempat menarik termasuk melihat secara dekat arca pancuran air Merlion.

“Inilah kali pertama saya datang ke Singapura dan gunakan mata wang negara ini. Memang ghairah! Saya teruja dapat undangan untuk membuat persembahan di sini, dan ingin sangat melihat patung kepala singa dan badan ikan, Merlion. Kita semua tahu patung ini adalah sinonim atau lambang yang cukup terkenal di sini dan di luar negara.

“Ramai yang dah cerita kepada saya tentang kehebatan makanan dan membeli-belah di Singapura. Tapi saya tak dapat merasakannya. Tapi sekarang saya sendiri dah berada di sini, dan bersedia untuk teroka kota moden ini. Ini lebih memuaskan hati,” jelasnya girang.

Sejak memasuki pertandingan Mentor 5 dan mendapat bimbingan daripada selebriti Erra Fazira, Salma mengaku banyak yang telah dipelajarinya. Banyak cabaran, rintangan, kecaman perlu dilalui, diterima dan ditelan. Namun momentum untuk terus berkarya tidak pernah terhenti dan terus mengembang di sanubarinya.

“Kecaman dan komen warganet pada waktu ini, semudah dilontarkan hanya di hujung jari saja. Mereka boleh berkata apa sahaja. Mereka akan bandingkan kejayaan dan kebahagiaan artis-artis lain dengan kita dan sebagainya.


“Sebagai anak seni, kita perlu kuat dalam menghadapi permainan dunia hiburan ini. Saya tak nafikan, sokongan orang-orang terdekat seperti keluarga dan peminat itu sangat penting.

“Orang tak nampak usaha kita... macam mana, susah payah kita untuk berada di sini. Tapi saya yakin pada rezeki yang Allah berikan, dan perancangan-Nya memang yang terbaik. Walaupun tak sepopular mana, kita perlu terus berusaha dan kerja-keras,” tambah Salma dengan positif. 

Menyentuh tentang Erra Fazira yang banyak membimbingnya, Salma berkata:

“Kak Erra banyak mengajar dan menekankan kepada saya tentang kepentingan untuk menjaga penampilan. Kita juga perlu bijak berbicara dan menjawab soalan media dengan baik dan yakin diri,” kata Salma, yang kini sudah memiliki 13 single, sekali gus menjadi testimoni perjalanan seninya yang kian mantap. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >