Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KAKI JALAN

‘Pesta Perut’ sambil borong batik di Jakarta

Wartawan BH nikmati percutian singkat lagi jimat
Jun 25, 2023 | 05:31 AM



Melancong ke Jakarta sentiasa menjadi pilihan pertama saya untuk percutian singkat bagi melepaskan rasa mengidam nak makan atau membeli batik.

Senang sahaja nak menangi hati saya. Makananlah penawar segala gundah gulana. Setibanya saya di Jakarta, saya akan berkunjung ke Restoran Remboelan Soulfood, salah satu restoran Indonesia terkemuka di Jakarta yang tidak perlu diperkenalkan.

Pelbagai hidangan disajikan dengan cita rasa yang berbeza dari daerah Sabang hingga Merauke, dengan rasa, rempah ratus dan perisa yang sangat lazat.

Antara hidangan kegemaran saya ialah bergedel jagung dengan sambal roa gorontalo, soto Betawi, nasi bakul ayam asap, cumi bumbu bawang and nasi liwet.

Nasi bakul ayam asap mempunyai haruman berasap yang menyelerakan, dibalut dengan daun pisang, disumbat dengan ayam salai, kekacang, ikan masin dengan rempah dan herba yang membuatkan saya terdorong menambah lagi hidangan itu walaupun ia pedas.







Nasi liwet adalah satu lagi hidangan klasik Indonesia, serupa dengan nasi lemak. Nasi liwet adalah nasi kelapa yang digabungkan dengan ayam cencang, telur pindang dan tahu bacem.







Dengan hiasan tradisional dan pilihan menu yang hebat membuatkan saya berasa seperti menyertai lawatan makanan Indonesia (Indonesian Food Tour), yang membuatkan saya mengidamkan setiap hidangan itu sekali lagi.


Di bandar yang sibuk seperti Jakarta, kesesakan jalan raya atau ‘macet’ menjadi kebiasaan. Bagaimanapun, hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai penduduk tempatan ialah Hari Bebas Kereta Jakarta atau Jakarta Car Free Day yang diadakan setiap Ahad dari enam pagi hingga 11 pagi. Menariknya, hari itulah semua orang berkumpul untuk berjalan kaki, berbasikal dan berlari di kawasan bandar.


Idea Hari Bebas Kereta Jakarta ini tercetus bagi mengurangkan pencemaran di bandar tetapi ia telah berkembang untuk meliputi banyak lagi manfaat sekitaran.

Pada pagi itu, saya memutuskan untuk bersiap lebih awal dan berjalan-jalan ke pasar terdekat, yang terletak di luar Sarinah Mall.

Ramai penduduk tempatan berada di sana sambil menikmati makanan jalanan mereka sendiri seperti soto mie Bogor, nasi ayam, risoles, mie ayam dan kueh ape. Barulah anak muda seperti saya mula menikmati juadah tempatan sebegini yang lazat hingga menjilat jari.

Kuih tradisional yang popular, dikenali sebagai kue ape. Ia adalah penkek hijau dengan bahagian tengah yang lembut dan gebu dikelilingi bahagian sisi yang nipis dan rangup. Ia biasanya dianggap makanan jalanan yang popular di Indonesia.

Kue ape yang hangat dan lazat dijual pada harga 20 sen setiap satu, menjadikannya alternatif yang lebih baik daripada penkek biasa yang dihidangkan di restoran ataupun hotel.







Risoles ialah juadah makanan jalanan paling saya gemari. Ia merupakan pastri kecil yang digulung dalam serbuk roti dan biasanya digoreng. Ia diisi dengan bahan-bahan yang enak, seperti daging cencang, telur dan juga jagung dan paling sedap dimakan bersama cili padi semasa ia masih panas dan rangup.







Es jeruk pula ialah minuman masam manis yang menyegarkan serta wajib ada ketika berada di pasar itu. Sambil menikmati semua makanan tempatan, saya juga menikmati muzik dan juga Ondel-ondel.

Ondel-ondel adalah figura boneka yang besar, biasanya ditampilkan dalam persembahan penduduk Betawi di Jakarta. Boneka biasanya digunakan untuk persembahan ritual yang disajikan buat roh nenek moyang.

Dalam pada itu, bagi penggemar batik, Thamrin City Mall adalah salah satu pusat beli-belah paling popular di Jakarta untuk pembeli tempatan. Batik adalah kain yang sangat popular yang digunakan dalam pakaian harian mereka. Thamrin City mempunyai pilihan batik yang bermutu dengan harga yang berpatutan.

Untuk percutian singkat, Jakarta sememangnya negara yang seronok untuk dikunjungi tanpa perlu membelanjankan banyak wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >