PESTA Raya, acara tahunan di Esplanade Teater Di Pesisiran yang sering dinanti-nanti peminat teater dan persembahan budaya akan tetap diadakan tahun ini - menerusi dalam talian, dari 19 hingga 28 Jun.
Menurut Esplanade, biarpun kita tidak dapat berkumpul seperti biasa secara fizikal untuk menikmati persembahan di pentas kerana masih dalam fasa pertama pembukaan semula bagi Covid-19, pihaknya berusaha dengan terus menghidangkan acara kesenian daripada kumpulan tempatan dan negara Nusantara.