Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Puteri Sarah hilang kata apabila disoal anak

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



TIDAK terkata-kata pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila anak sulungnya Syaikhul Islam bertanyakan kesahihan berita bahawa bapanya, pengarah Syamsul Yusof, sudah berkahwin dengan wanita lain.



Luahan hati ini disampaikan Puteri Sarah, 37 tahun, di Instagram.



Sebagaimana tulisnya:



"Baru balik daripada sesi penggambaran foto. Sampai-sampai rumah, Syaikhul tanya, 'Mama betul ke ayah kahwin lain?'



"Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Bagaimana nak jawab kepada budak enam tahun ni? Saya tak terkata-kata."



Puteri Sarah yang memfailkan perceraian terhadap Syamsul minggu lalu mempersoalkan sama ada suaminya itu pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka.



Malah, Puteri Sarah turut menasihati lelaki di luar sana yang mahu berpoligami supaya belajar tentang agama terlebih dahulu serta kesan daripada tindakan tersebut.



"Kepada lelaki-lelaki pentingkan diri sendiri di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni?



"Nak kata, 'ayah kahwin sebab nak elak maksiat'? 'Ayah ikut suruhan Allah'? Sepertimana yang awak (Syamsul) jawab dalam video awak?



"Pernahkah anda terfikir suatu hari nak kena jawab dekat anak? Tidak! Awak cuma fikirkan nafsu awak, ikut kepala otak awak sahaja. Ada terfikir tak kahwin lari kat Siam tu nanti buat anak tanya...nak jawab apa?" tambahnya.



Tarikh sebutan cerai pasangan yang mempunyai seorang lagi anak, Sumayyah, empat tahun, ditetapkan pada 7 Mac ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.



Perkahwinan mereka selama sembilan tahun dirasakan Puteri Sarah sudah sampai ke noktahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >