Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

CERITA BARU ARTIS INDONESIA

Rossa senang bersama bakat muda jaya konsert

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



SETELAH kerjaya seninya mencecah lebih 25 tahun, bintang Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa, senang bekerjasama dengan rakan seni yang jauh lebih muda daripadanya.

Beliau kagum dengan kreativiti penyanyi dan penggubah lagu muda, Mahalini dan Andmesh Kamaleng yang menyumbang lagu ciptaan mereka buatnya.

Bahkan, pada konsert Another Journey, The Beginning ‘Live’ In Singapore, Rossa, 44 tahun, turut membawa Mahalini dan pacarnya Rizky Febian sebagai tetamu undangan.


Konsert dengan Sah Entertainment selaku promoter itu berlangsung pada 12 Ogos di The Star Theatre mulai 8 malam.

Ketika dihubungi Berita Harian, Rossa berkata:


“Industri muzik Indonesia tidak pernah sepi daripada kehadiran bakat baru yang segar dan kreatif ideanya. Sebagai seorang ‘kakak’ dalam industri ini, saya selalu kagum dengan kebolehan penyanyi seperti Mahalini dan Andmesh yang boleh mencipta lagu yang menyentuh kalbu.

“Saya senang bekerjasama dengan mereka bahkan itulah cara untuk kekal relevan buat generasi pendengar muda. Pada konsert ini, saya ambil keputusan mengajak Mahalini dan Rizky sekali sebab mereka pacaran. Jadi selain menampilkan mereka pada konsert itu, mungkin seronok juga kalau kita boleh usik-usik mereka di pentas.”

Konsert kali ini, jelas Rossa, lebih menampilkan lagu-lagu baru dari album Another Journey, The Beginning yang diterbitkan pada Februari lalu di bawah label Inspire Music.


“Sememangnya ini untuk promosikan album dan bukan konsert ulang tahun seperti dahulu. Tapi lagu lama saya tetap akan berkumandang.

“Album baru ini banyak pengertiannya. Ia dibuat semuanya sewaktu pandemik antara 2020 hingga 2022. Walau kesulitan, 10 lagu selesai menggambarkan diari perjalanan hidup yang saya lalui sewaktu pandemik.

“Itulah tempoh mencabar buat semua. Apabila dapat mengharunginya, saya rasa lega. Di kala tidak dapat bertemu ramai orang, saya dapat berkarya dan keluarkan single serta berkonsert. Itu menjadi satu kesyukuran buat saya,” kata Rossa.


Sambutan bagi lagu dalam album ini menggalakkan. Lagu Masih sudah distrim sebanyak 30 juta kali. Lagu Lupakan Cinta juga tinggi jumlah penstrimannya. Sekali Ini Saja, dendangan semula lagu mendiang Glenn Fredly, juga meraih pencapaian yang membanggakan.


“Alhamdulillah sambutan bagi lagu-lagu ini sangat baik. Lagu buat Glenn istimewa sebab beliau sahabat saya. Kami bermula pada waktu yang sama. Dia jadi tetamu saya dalam persembahan. Saya jadi tetamu dia dalam persembahan. Usia kami juga tidak jauh beza.

“Ini lagu untuk saya kenang Glenn, sahabat yang baik dan ikhlas dalam karyanya,” ujar Rossa lagi.

Melihat sahabat seninya berdaya penghasilan dalam menjana lagu baru juga memberi semangat yang meluap-luap buat Rossa.

“Selepas pandemik, saya lihat ramai yang terus berkarya dan optimis. Mereka tidak patah semangat. Selalu buat single yang baik. Tempoh pandemik memang membuat saya terkesan. Tapi biasanya, saya luangkan masa bersembang santai dengan teman-teman untuk dapatkan inspirasi.

“Malahan, tempoh itu juga saya gembira kerana dapat memperkenalkan lagu Indonesia pada pasaran Korea dengan lagu saya diterjemahkan ke dalam bahasa mereka juga. Ada kemungkinan usaha ini berlanjutan lagi,” kongsinya.

Rossa kini tidak sabar untuk ke Singapura. Kalau ke kota ini, beliau sering menghabiskan masa di Pusat Makanan Newton dan Dempsey Hill untuk menikmati sajian pembuka selera dan pemandangan malam.

“Beruntung benar pendengar muzik Indonesia bersikap terbuka menerima lagu dengan ‘soundscape’ baru, artis baru dan jenis muzik baru. Kami memang tidak pernah kehabisan idea berkarya,” jelasnya lagi.

Konsert Rossa juga akan menampilkan bakat seni Singapura, Sufi Rashid, sebagai artis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >