Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sebab Taufik tidak seberang Tambak, buka restoran di S'pura

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



HASILKAN lagu bermutu tinggi dari segi irama dan lirik atau pertingkat mutu lakonan, berkorban segalanya dan bersedia berhijrah demi menjadikan Malaysia pangkalan mencari rezeki.



Inilah pesan juara Singapore Idol (Musim Pertama), Taufik Batisah, kepada bakat tempatan yang ingin terkenal dan menembusi pasaran muzik atau lakonan di seberang.



Kata-katanya berdasarkan pengalaman peribadi cuba mencari rezeki di Malaysia walaupun terus tinggal di Singapura tanpa perancangan berpindah ke sana.



"Kalau nak lagu anda sampai ke Malaysia, yang penting jaga mutu penerbitan dan ciptaan lagu serta penulisan lirik. Mutunya mesti tinggi dan memenuhi cita rasa ramai.



"Anda boleh kirimkan lagu ini ke Amerika atau Sweden untuk dapatkan khidmat adunan dan pengindukan lagu yang bagus.



"Produk muzik tahap dunia. Bakat sentiasa digilap sebab sekarang bukan era anda dinilai setakat daripada muka tampan atau cantik. Bakat dan karya lebih utama.



"Anda mungkin tak perlu dapatkan khidmat studio mahal sebab dalam era media sosial, muzik dari studio rumah pun boleh pergi jauh.



"Kehadiran anda di media sosial paling utama. Rezeki dan nasib juga main peranan. Terus berlatih dan rebut peluang keemasan.



"Apabila lagu 'meletup', fikirkan secara serius untuk berpindah dan berpangkalan di Malaysia," kata Taufik.



Menurutnya lagi, bakat Singapura tidak boleh duduk sahaja di sini dan mengharapkan populariti di Malaysia.



"Singapura kecil. Kita bukan di Indonesia, yang lebih besar. Artis Indonesia masih boleh betah di negara sendiri dan lagu mereka menjelajah ke negara lain.



"Secara peribadi, inilah yang saya rasakan apabila cuba tembusi pasaran Malaysia menerusi nyanyian, lakonan (filem Soulmate Hingga Jannah) dan mengadili peraduan realiti seperti Maharaja Lawak Mega.



"Lihat bakat Singapura yang berjaya di Malaysia...Datuk M. Nasir, Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Aliff Aziz, Alyph dan Hisyam Hamid. Mereka berpangkalan di Malaysia," katanya.



Menurut Taufik, ada ketika undangan di Malaysia tiba sehari sebelum persembahan sebab terlalu banyak acara hiburan yang diadakan saban hari.



"Kalau kita di Malaysia senang sikit, tetapi kalau dah balik Singapura terpaksa tolak kecuali nak bikin menerusi Zoom," ujarnya.



Enggan melihat ibunya kesunyian dan bosan tanpa cucu yang berjauhan merupakan sebab utama Taufik enggan bermastautin di Malaysia.



"Saya dan isteri okey saja tinggal di mana-mana tetapi kami kasihankan mak. Saya pun siapkan pelan B, buka restoran Chix Hot Chicken dan ceburi bidang hartanah. Jangan mudah selesa hanya dengan bakat seni," katanya.



Beliau juga berharap anak muda masa kini akan memanfaatkan wadah yang dianggap 'raksasa' dalam pemasaran iaitu TikTok untuk memasarkan kerja seni baru mereka.



"Sekarang memang mudah bikin muzik dan pasarkannya di Instagram, Facebook, YouTube, TikTok dan Spotify. Tapi dalam keadaan jutaan muzik wujud di platform sebegini dan ada sahaja kerja seni baru yang dimuatnaikkan setiap waktu, tanya pada diri anda, 'Apakah keistimewaan lagu anda? Apakah kelainannya daripada karya orang lain'



"Selain mengikut nasib seseorang, rezeki mengeluarkan lagu ini pada masa dan ruang yang tepat amat memainkan peranan dalam membawa kerja seni ini pergi jauh.



"Anak-anak muda kita kini berdepan dengan cabaran lebih besar memancing pendengar dan memastikan lagu mereka boleh 'meletup' sebab terlalu banyak muzik di pasaran walaupun nampak mudah menghasilkan lagu dari keselesaan studio di rumah," tambah Taufik.



Sungguhpun begitu, beliau menasihati anak muda agar tidak takut mencuba perkara baru dan jangan mudah mengambil mudah atau terlalu selesa dengan kehidupan.



"Anak muda harus bersedia mencuba perkara baru. Inilah masa untuk anda belajar, cuba dan cuba lagi jika gagal. Masa muda inilah detik untuk anda rasakan keseronokan mencuba tetapi ketidakselesaan dengan keadaan sekeliling. Jangan mudah selesa.



"Usia persaraan kian meningkat. Kalau nak bersaea dalam keadaan selesa, cuba jangan ikut norma kebiasaan orang sekeliling. Umur 20-an dan 30-an tahun adalah detik di mana macam-macam anda boleh buat.



"Lainlah saya yang sudah memasuki usia 40 tahun. Dah tak ada masa nak cuba dan gagal. Harus tentukan benar-benar apa yang saya mahu dalam kehidupan serta usahakan sebaiknya," tambahnya.



Ditanya pula mengenai penglibatannya dalam peraduan realiti Berani Nyanyi? selaku pengadil, Taufik menjelaskan:



"Apabila saya diundang untuk program ini, saya tertanya-tanya konsepnya bagaimana? Apabila diberitahu mengenai konsep program ini yang bukan peraduan nyanyian semata-mata dan melibatkan artis yang dikenali ramai, saya lebih bersemangat mengadili program yang seronok seperti ini.



"Saya kagum melihat setiap peserta menyahut cabaran menjadi penyanyi. Saya pernah mengadili program lain termasuk Maharaja Lawak dan The Final One, tetapi Berani Nyanyi? benar-benar menghiburkan dan mencetus inspirasi.



"Saya tabik keberanian peserta mencuba sesuatu di luar zon selesa, di mana agak menakutkan hasilnya. Maklumlah, ada yang akui mereka hanya penyanyi di bilik mandi atau berkaraoke bersama kawan.



"Untuk mendedahkan kelemahan vokal dengan zaman media sosial di mana ramai yang payah memaafkan, senang mengecam dan suka menilai...ia keberanian yang bukan calang-calang. Yang pasti, saya dapati ada beberapa bakat yang tetap mempunyai kebolehan menyanyi dengan baik walaupun menyanyi bukan kerjaya mereka."



Menurut Taufik, peraduan realiti di mana-mana kini berubah mengikut tuntutan sezaman. Paras rupa peserta bukan lagi menjadi ukuran utama. Dalam peraduan seni suara, vokal tetap menjadi keutamaan.



"Cuma kita perlu akur sudah terlalu banyak rancangan untuk ditonton. Menarik orang untuk tonton televisyen kini menjadi satu cabaran besar.



"Mereka terlalu banyak pilihan dengan wadah penstriman, aplikasi tontonan seperti meWATCH dan saluran YouTube mahupun video atas permintaan (VOD). 



"Zaman saya memasuki Singapore Idol pada 2004 pun berbeza daripada zaman Hady Mirza atau Sezairi Sezali bergelar Singapore Idol. Sekarang era media sosial. Semuanya perlu segar dan berbeza.



"Kerana itu, saya tabik hormat kepada penjana kandungan seperti Najip Ali dan pasukannya. Idea Berani Nyanyi? memang unik dan istimewa. Saya berharap Najip yang sentiasa kekal relevan malah merupakan ikon dari zaman Asia Bagus akan diberi peluang untuk mencorak kandungan program televisyen yang mencetus inspirasi dan menjadi perbualan dalam kalangan penonton dan warganet," tambah Taufik.



Dalam pada itu, Taufik gembira dapat bertemu rakan-rakan peserta Singapore Idol, pengadil Dick Lee dan pengacara Gurmit Singh dalam satu rancangan khas di Channel News Asia (CNA), On The Red Dot: Reunions, lewat tahun lalu.



"Walaupun sudah 18 tahun berlalu, yang kelakarnya saya rasa macam masa tidak berubah dan tidak berganjak. Macam kita baru bertemu minggu lalu meskipun kami semua sudah matang dari segi pengalaman dengan ada yang sudah memulakan perniagaan.



"Bagaimanapun, dari segi perasaan kami terhadap satu sama lain, ia tetap sama. Saya terasa macam budak kecil bertemu Gurmit dan Dick!" kongsinya.


 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >