Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sesak! Eropah tangani bilangan pelancong ramai

Apr 25, 2024 | 06:22 PM



PARIS: Tarikan pelancong di Eropah seperti Amsterdam dan Venice, yang memperkenalkan langkah baru pada 25 April, sedang berjuang menangani jumlah pengunjung yang melonjak.


Di Venice, salah satu destinasi paling popular dalam kalangan pelancong, seramai 3.2 juta pengunjung telah bermalam di pusat bersejarah tersebut pada 2022 – melebihi jumlah penduduk iaitu hanya 50,000.

Pada 25 April, ia mula mengenakan bayaran masuk bagi pengunjung siang hari.

Mereka akan perlu membeli tiket berharga 5 Euro ($7.20), dipantau inspektor yang menjalankan pemeriksaan di tempat tertentu serata tapak warisan dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) itu.

Pada 2021, ia melarang kapal pelayaran besar dari lagun Venice disebabkan keprihatinan tentang kesan sekitarannya ke atas bandar.

Venice juga memperkenalkan cukai bagi pengunjung yang bermalam di sana.

Buat sekian lama, Amsterdam cuba membersihkan reputasinya yang dikatikan dengan dadah serta seks yang sebahagiannya dipersalahkan ke atas jumlah tinggi pengunjung kira-kira 20 juta setiap tahun.

Pada 2023, ia melancarkan kempen dalam talian yang bertujuan memberitahu lelaki muda British supaya tidak berkunjung ke Amsterdam bagi tujuan mendapat rasa khayal atau ‘high’, mahupun menjadi sangat mabuk kerana boleh menghadapi risiko diberkas.

Amsterdam juga mengumumkan minggu sebelumnya mengenai larangan ke atas hotel baru dan bahawa ia akan mengurangkan sebanyak separuh bilangan kapal pelayaran sungai dalam bandar itu dalam masa lima tahun.

Ia juga memutuskan tahun lalu untuk mengharamkan menghisap ganja di jalanan kawasan merah atau red-light district.


Bandar berdinding zaman pertengahan Croatia, Dubrovnik merupakan salah satu bandar paling sesak di Eropah, dengan aliran pelancong kadangkala menjadikan ia mustahil untuk berjalan di Bandar Lama bersejarah itu.

Permata Adriatik itu telah menyaksikan lonjakan besar dalam bilangan pengunjung sejak adegan dari siri ‘Game of Thrones’ difilemkan di bentengnya pada 2011.

Pada 2023, bandar dengan penduduk 41,000 orang itu menerima seramai 1.2 juta pengunjung, kurang daripada jumlah rekod 1.4 juta pada 2019. – AFP.

Pada 2019, penguasa tempatan mengehadkan jumlah ketibaan kapal pelayaran kepada dua sehari, dengan setiap satu masa tidak melebihi 4,000 penumpang.


Mereka juga melancarkan aplikasi yang menggunakan pembelajaran mesin serta ramalan cuaca untuk meramalkan bila Bandar Lama itu, sebuah tapak warisan dunia Unesco, akan menjadi paling sesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >