Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Snek bermutu tentukan kesihatan baik

Jul 29, 2023 | 05:30 AM



Para pengkaji telah menilai bagaimana mutu kudapan, masa yang diluangkan untuk memakannya dan jumlah snek yang dimakan boleh menjejas kesihatan kardiometabolik seseorang sehingga menimbulkan Sindrom Kardiometabolik meliputi masalah perut buncit dan tekanan darah yang meningkat.

Apa yang didapati adalah kudapan bermutu tinggi dan tidak semestinya jumlah snek atau masa yang dihabiskan untuk makan kudapan itu sangat berkait rapat dengan kesihatan kardiometabolik.

Penemuan pengkaji itu juga menyatakan snek bermutu tinggi yang sihat boleh menjadi sebahagian daripada diet kesihatan yang wajar diamalkan.

Laman Medical Health melaporkan kudapan menyumbang pada sekitar 20 peratus pengambilan tenaga dalam pemakanan warga Amerika.


Bagaimanapun, hanya beberapa kajian sahaja yang dijalankan sejauh ini untuk menyiasat kesan snek pada kesihatan orang ramai.

Justeru, penting untuk mengetahui bagaimana tabiat makan kudapan boleh menjejas kesihatan anda secara menyeluruh.

“Mutu sesuatu jenis makanan amat penting dalam menentukan tahap kesihatan anda. Diet itu mustahak apabila menyentuh tentang kesihatan.

“Terdapat banyak cara untuk menghadam khasiat yang diperlukan. Makanan kecil-kecilan yang berkhasiat menyumbang pada diet yang seimbang,” kata pengarah pembedahan, Program Kesihatan Keluarga Margolis di Hospital Hoag di California, Dr Elizabeth R. Raskin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >