Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PENGGIAT SENI SERBA BOLEH

Suka berdikari tetapi hargai ilmu mereka yang “lebih dulu makan garam”

Penggiat seni serba boleh
Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Wanita muda mungkin lebih selesa berada dalam kumpulan umur sebaya dan kebanyakannya melekat dengan “girlfriends” sendiri terutama kawan-kawan dari sekolah yang sama.

Namun penggiat seni yang dilantik sebagai Teman Warisan oleh Yayasan Warisan Melayu, Cik Anis Qurratu’aini Azman, mampu menyerap dalam mana-mana kumpulan, biarpun kadang kala dikelilingi kumpulan yang majoriti anggotanya lelaki atau golongan yang lebih berusia sekali pun.

Baginya, penting untuk beliau mendekati pelbagai lapisan usia, bangsa dan latar belakang demi menimba ilmu dan pengalaman, lebih-lebih lagi daripada mereka yang “lebih dulu makan garam’.

“Saya kenal kawan-kawan ibu dan ayah dan suka bertanya apa mereka yang boleh kongsi ilmu dan sejarah. Biasanya, orang muda kata untuk urusan yang serius dan penting-penting, biar serahkan kepada pemimpin yang berpengalaman.

“Bagi saya, muda bukan alasan untuk tidak ambil tahu, bahkan kena kumpul ilmu untuk persiapkan diri pada hari muka,” kata Cik Anis, 32 tahun, anak kedua enam beradik. Beliau adalah cucu seniwati Ponisah Bachik dan anak kepada pelakon Azman Shariff dan Mahyonis Mahfudz.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga seni, anak kedua enam beradik itu boleh berbangga kerana mampu mencipta laluan seninya secara berdikari. Percaya pentingnya pencapaian akademik, beliau berjaya mendapatkan Sarjana Muda Komunikasi, dengan ijazah dalam Komunikasi dengan Psikologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dengan kelulusan yang ada, beliau sering diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengurus pentas untuk projek-projek berskala besar seperti festival-festival seni di Esplanade Teater Di Pesisiran dan Wisma Geylang Serai termasuk Festival Bangsawan.

Kalau orang tuanya lebih dikenali sebagai pelakon, Cik Anis lebih aktif sebagai penyanyi lagu tradisional, bersama-sama Orkes Sri Temasek dan Alto Aura. Bahkan beliau semakin mantap dikenali sebagai pendendang syair sejak 2018, aktif bersama kumpulan Syairpura dan Permaisura.

Beliau mula belajar berdendang syair daripada neneknya ketika mahu menyertai satu pertandingan ketika berada di Sekolah Rendah Keming sehingga berjaya menjadi juara. Setelah dewasa, beliau berguru pula dengan seniman muzik tradisional, Encik Afi Hanafi.

“Sebagai penggiat seni, saya bercita-cita untuk menghasilkan projek yang dapat satukan semua bentuk kesenian Melayu dalam satu pentas. Kita mempunyai ramai bakat dalam pelbagai medium seni dan saya ingin melihat kerja-kerja kolaborasi demi mempertingkatkan mutu persembahan seni Melayu di masa depan,” kata Cik Anis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >