Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sutradara asal Pakistan antara pengarah filem baru 'Star Wars'

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



TIGA filem baru francais Star Wars sedang dalam proses pembikinan, jelas eksekutif studio filem tersebut baru-baru ini.



Salah sebuah filem itu bahkan diarah seorang sutradara wanita kelahiran Pakistan yang pernah menerima piala Oscar, Sharmeen Obaid-Chinoy, yang sebelum ini mengarah siri televisyen Ms. Marvel yang menampilkan adiwira beragama Islam.



Filem baru yang bakal Sharmeen arah ini dikatakan mempunyai latar belakang 15 tahun sesudah filem terakhir Star Wars tamat.



Beliau akan bekerjasama dengan aktres Britain, Daisy Ridley, yang kembali sebagai wirawati trilogi terakhir sebelum ini yang ditayangkan sekitar 2019 dengan ulasan bercampur baur mengenai mutunya.



Filem kali ini akan menjejak usaha Rey mengembalikan perintah Jedi semula, lapor agensi berita AFP.



Sharmeen yang mempunyai dua pencalonan Oscar bagi dokumentari yang pernah dihasilkannya tentang keganasan terhadap wanita berkata beliau tertarik pada perjalanan hidup wira dalam dunia Star Wars.



"Sebahagian besar daripada hidup saya dihabiskan dengan menemui adiwira sebenar, yang berjaya mengatasi rejim pengganas dan penindas serta berjuang menentang perkara yang sulit dalam kehidupan mereka.



"Pada saya, ini juga sama seperti jiwa wira dalam Star Wars," kata Sharmeen.



Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy, yang mengendalikan studio yang dibeli oleh pihak Disney pada 2012, berkata setiap daripada tiga filem ini akan menyelongkar era berbeza Star Wars. Pengarah bagi setiap filem juga berlainan.



James Mangold, yang merupakan calon Oscar sebanyak dua kali, akan menerajui satu lagi filem dalam siri Star Wars ini setelah mengarah filem terkini Indiana Jones yang dijadualkan keluar lewat tahun ini.



Filem Mangold akan meninjau asal usul perintah Jedi, ribuan tahun sebelum jalan cerita asal bermula.



Filem ketiga pula diarah Dave Filoni, 'orang lama' dalam dunia Star Wars yang sudah menerbitkan beberapa siri televisyen termasuk program 'berhantu' The Mandalorian yang masuk musim ketiga kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >