Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tak kenal erti ‘lewat’ bangun diri

Aug 16, 2023 | 05:30 AM



Lumrahnya, orang mengumpul ilmu dan membina kerjaya pada usia muda, namun bagi Cik Jumie Haron, kehidupan sebenarnya hanya bermula selepas melangkah usia 40-an tahun apabila beliau kembali bergelar pelajar selepas melahirkan anak keenam.

Bahkan, kehidupannya semakin ceria dan bersemangat pada usia 50-an tahun apabila minatnya dalam bidang seni penulisan drama dan lakonan, berjaya dibawa dari pentas ke televisyen.

Cik Jumie, 51 tahun, yang nama sebenarnya Jumiaton Kamaron, berkata keseronokan zaman remaja terhenti mendadak apabila beliau dikahwinkan pada usia 16 tahun dengan seorang kenalan arwah bapanya.

“Semasa bersekolah dulu, saya aktif dalam drama teater tetapi bapa saya tak suka saya bergiat dalam bidang seni, mungkin sebab itu dia kahwinkan saya cepat-cepat,” ujar beliau sambil menambah kehidupan keluarganya memang sempit ketika itu.

Namun usia perkahwinan pertama tidak panjang dan pada usia 25 tahun, beliau menjadi ibu tunggal dengan tiga anak. Beliau kemudian bernikah untuk kali kedua, dengan kerabat Istana Kampong Gelam dan dikurniakan tiga orang anak lagi.

“Alhamdulillah, suami kedua bersikap terbuka dengan minat saya dan membenarkan saya mengikuti kursus-kursus yang dapat membina semula keyakinan saya sebagai seorang manusia,” kata beliau.

Cik Jumie, yang kemudian mengikuti kursus diploma pengurusan kepimpinan, memulakan langkah bekerja sepenuh masa dalam bidang sumber manusia.

Beliau juga mengembalikan minatnya sebagai pelakon dengan menyertai bengkel-bengkel lakonan dan pada 2011, didedahkan di televisyen sebagai pelakon tambahan dan iklan yang kebanyakannya tanpa dialog. Beliau juga aktif dengan kumpulan Sriwana.

Pada 2015, peluangnya bertambah cerah apabila beliau terlibat dalam siri drama Inggeris dan Melayu.

Antaranya drama Channel 5, Tanglin sebagai Puan Fatimah dari Jun 2015 hingga September 2018; dalam siri Kins sebagai Puan Latifah Hamzah dari Oktober 2018 hingga Mac 2022; dalam drama Klub J sebagai Kak Lina pada Julai 2017; dalam drama Rapuh sebagai Bibik Ina pada Disember 2019; dan dalam siri Siapa Jaga Mak Musim 2 sebagai Bibik Suwiti pada Januari 2023.


Beliau juga sempat menyertai peraduan ratu cantik, menjadi Naib Johan ke-2 dalam Mrs Spore World 2006 anjuran ERM Singapore.


Di samping itu, beliau turut menghadiri program setahun bagi mempelajari teknik yang betul dalam penulisan dan lulus dari Akademi Media Singapura dalam Program Latihan Penulis dari Disember 2020 hingga September 2021.

Dengan kelulusan yang ada, beliau mula bekerja dalam industri media sebagai Penolong Penerbit untuk Drama Melayu 13 episod, Kaki Bola dari Mei 2022 hingga Oktober 2022 dengan Millenia Motion Pictures.


“Orang kata, saya bermula lewat, tetapi bagi saya, tidak ada yang terlewat kerana kita melalui fasa kehidupan berbeza-beza.

“Orang selalu percaya bahawa untuk membuat sesuatu kita perlu mula membinanya dari usia muda tetapi mitos ini telah dipatahkan oleh pengasas KFC (Kentucky Fried Chicken), Kolonel Harland Sanders, yang hanya menjadi peniaga yang mencipta jenamanya pada usia 62 tahun. Saya pula baru melangkah 50-an tahun.

“Saya tak kesal kerana pengalaman dan krisis kehidupan lalu mewarnai perjalanan saya, karya-karya saya yang diluahkan menerusi puisi dan cerpen, dan kata-kata inspirasi untuk orang lain terutamanya wanita yang perlu bersuara untuk diri mereka sendiri. Saya menjadi seorang yang lebih kuat,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >