Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Telefilem Hari Ibu teroka ketabahan ibu tunggal harungi hidup

May 12, 2023 | 05:30 AM



NILAI kasih dan pengorbanan ibu memang tiada tandingan dan penghujungnya.



Setiap tahun, insan istimewa ini diraikan dan diberi penghargaan yang sewajarnya dalam sambutan yang diberi nama Hari Ibu.



Namun begitu, seorang ibu yang penyayang, kadangkala dicabar dengan dugaan hidup, seperti penceraian atau kematian suami, menyebabkan si ibu itu tidak dapat memberikan kehidupan sempurna untuk anak-anaknya.



Begitulah yang ingin dipaparkan di dalam telefilem Suria, yang mengisahkan tentang kehidupan tiga orang sahabat dengan dugaan hidup masing-masing.



Telefilem Hari Ibu Stigma Lea mengetengahkan watak-watak berbeza yang dipegang oleh kaum wanita yang bergelar ibu.



Pengarah yang terpilih untuk mengarahkan telefilem ini, Seri Jaes mengatakan ini adalah telefilem pertama dari perspektif ibu tunggal.



"Cabaran menangani tema ibu tunggal ini harus ada keseimbangan. Saya tidak mahu drama ini terlihat sebagai menagih simpati atau menuding jari terhadap sesiapa dalam sebuah institusi keluarga dalam proses membesarkan anak, tetapi lebih kepada kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa untuk menguatkan emosi anak-anak yang terjejas," terang Seri Jaes.



Watak utama yang didukung oleh pelakon teater dan televisyen, Siti Khalijah atau lebih dikenali sebagai Siti K, ialah seorang surirumah tangga yang baru menjanda. Status barunya memaksanya untuk mengukir hidup baru bersama dua orang anak setelah kembali dari bermastautin di luar negara.



Kata Siti K yang belum berumah tangga: "Saya belum jadi seorang ibu, tetapi saya memang dikelilingi oleh ibu-ibu hebat, termasuk ibu tunggal dan mereka adalah antara orang yang kuat yang saya tahu."



Tambah Siti K, ibu tunggal harus menangani masalah mereka sendiri, mengimbangi kerja dan anak-anak serta terpaksa berhadapan dengan stigma dari masyarakat yang memandang rendah pada status mereka.



"Walaupun begitu, mereka tetap dapat mengukir senyuman dan saya anggap itu adalah satu sifat yang terpuji dan saya gunakan itu untuk watak saya sebagai Lea," kata Siti K.



Gandingan Siti K bersama pelakon terkenal Nurul Aini dan Huda Ali buat pertama kali juga adalah pengalaman yang membuatnya teruja.



"Saya selalu menonton mereka berdua di kaca TV, jadi bila diberi peluang bergandingan dengan mereka, ini adalah satu penghargaan buat saya. Mereka berdua adalah pelakon yang rendah hati dan kami saling menyokong," kongsi Siti K.



Nurul Aini dan Huda Ali, masing-masing sudah bergelar ibu, menyifatkan watak yang mereka mainkan lain daripada kehidupan mereka sendiri dan turut tersentuh dengan adegan-adegan dalam telefilem ini.



Huda Ali yang memainkan watak balu yang kematian suami, juga terkesima dengan wataknya dan turut bersimpati dengan ibu tunggal yang dilabel dan selalu dianggap perosak rumahtangga orang lain. Dalam drama ini, watak Huda mempunyai anak perempuan (Dayang Nurbalqis) dan ibu (Fauzah Khalid) yang menghidapi penyakit demensia. "Bermain watak Freda menyedarkan saya tentang cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dan saya rasa kerdil bila dibandingkan dengan pengorbanan mereka dan apa yang saya lalui sendiri sebagai seorang ibu," kata Huda.



Beliau mengaku perjalanannya sendiri sebagai seorang ibu telah banyak mendewasakannya, terutama dari segi disiplin dan mengimbangi masa.



"Sebagai ibu, saya amat menghargai masa, dan walau sesibuk bagaimana sekali pun, saya akan pastikan saya mendahului keluarga saya. Duit boleh dicari, tetapi kasih sayang dan peluang membesarkan anak sendiri, adalah peluang sekali dalam hidup. Saya tidak mahu menyesal di belakang hari nanti," jelas Huda.



Watak Gina yang dimainkan Nurul pula ialah mengenai seorang sosialit yang selalu kelihatan anggun. Namun di sebalik senyuman dan tawanya, tiada siapa yang tahu luka di hatinya kerana masih belum mendapat zuriat dari perkahwinannya dengan seorang juruterbang.



"Saya mempunyai kenalan yang belum mendapat zuriat, dan saya faham perasaan mereka dan apa yang mereka lalui. Saya rasa sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan, dan dapat sambut Hari Ibu setiap tahun dengan anak-anak saya," jelas Nurul Aini, ibu kepada tiga anak.



Walaupun Nurul Aini kini seorang yang berjaya dalam kerjayanya, beliau tidak pernah lupa asal usulnya yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal sewaktu umurnya baru tujuh tahun.



"Mak saya membesarkan kami empat beradik sendiri, dengan tiada pertolongan langsung. Beliau tidak pernah bekerja sebelum itu dan tidak mahu menerima bantuan sesiapa pun," kata Nurul dengan nada sebak. Ibunya tidak berkahwin lagi selepas bercerai dengan bapanya pada umur 35 tahun.



Telefilem Stigma Lea terbitan Shortmen Production akan ditayangkan di Suria pada 9 malam ini.



SINOPSIS RINGKAS



Telefilem Hari Ibu Stigma Lea, mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan mereka yang belum dikurniakan zuriat.



Melangkah ke hadapan selepas perceraiannya, Lea, ibu kepada dua anak, terpaksa bermula dari awal setelah lama hidup sebagai suri rumah tangga. Lea menemui Freda, seorang balu, yang mengajaknya untuk memandu kereta sewa demi menyara hidup, sambil beliau mengejar cita-cita yang sudah lama dipendam.



Sementara itu, Lea bertemu dengan Gina, kawannya semasa di universiti. Lea hidup dalam serba kemewahan dan sentiasa nampak ceria. Namun di balik senyum tawanya, ada rahsia yang melukai jiwanya apabila rumah tangganya menghadapi ujian berat.




"Cabaran menangani tema ibu tunggal ini harus ada keseimbangan. Saya tidak mahu drama ini terlihat sebagai menagih simpati atau menuding jari terhadap sesiapa dalam sebuah institusi keluarga dalam proses membesarkan anak, tetapi lebih kepada kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa untuk menguatkan emosi anak-anak yang terjejas."



- Seri Jaes, pengarah telefilem 'Stigma Lea'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >