Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Usahawan nafi hubungan cinta dengan Syamsul Yusof

Nov 07, 2023 | 03:46 PM



Selepas dikaitkan berkasih dengan pengarah Syamsul Yusof, usahawan Irene Deanna, 25 tahun, menegaskan bahawa mereka hanya kawan biasa.

Dalam satu wawancara bersama Berita Harian Malaysia (BHM), Irene menjelaskan:


“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan hi bye’.”


Sebelum ini, hangat diperkatakan tentang Irene yang disebut-sebut sebagai ‘orang ketiga’ dalam hubungan Syamsul dengan isterinya, pempengaruh sosial, Ira Kazar.

Namun, Irene menafikan dakwaan beliau dan Syamsul menjalinkan sebarang hubungan selepas tular gambar mereka sedang makan malam bersama.

“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.

“Saya pun tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” ujarnya.


Irene ditemui pada sidang media Konsert Stars On Fire di Hotel Le Meredien pada petang Isnin.


Lantaran itu, Irene terkejut namanya dipetik dan menjadi bualan warganet selepas gambar bersama Syamsul tular.

Sungguhpun begitu, Irene tidak terganggu dengan gosip sedemikian.

“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apa pun. Syukur, gosip ini tidak mengganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa. Tiada stres atau apa-apa, saya okey sahaja,” katanya.

Beliau membaca komen warganet dan hanya mampu ketawa apabila membaca setiap dakwaan yang dilemparkan.

Ditanya sama ada dirinya sudah berpunya, Irene enggan mengulas.

“Itu pun saya tiada komen,” katanya ringkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >