Sekumpulan usahawan yang diterajui Women Empowerment Singapore telah bergabung tenaga menganjurkan majlis amal dan penyerahan wang zakat kepada keluarga yang memerlukan.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama De’Hall, pemilik dewan majlis perkahwinan yang terletak di Tai Seng Centre, itu dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk penerima zakat. Benefisiari utama majlis itu Jamiyah Singapura, menurut Pengasas Women Empowerment Singapore, Cik Hafizah Nijam Mohamed.