Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wendy Jacobs kongsi penderitaan lalui sakit aneh

Feb 28, 2024 | 04:22 PM



Wendy Jacobs, bekas model dan isteri pemain bola sepak terkenal Singapura Fandi Ahmad berkongsi di media sosial baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang menghidap penyakit dan dikelilingi oleh keluarga tersayang.

Wendy yang mempunyai lima orang anak dengan Fandi tidak mengongsikan butiran tentang sakitnya melainkan memberi gambaran ‘beg stoma’ yang terlekat di bahagian perutnya.

Gambar-gambar dari hospital dan koleksi peribadinya terpapar jelas penderitaan yang ditanggung sekian lama.

Beg stoma merupakan saluran alternatif membuang air besar dari yang biasa, dan menurut pakar, ia digunakan untuk pesakit yang menghidap barah rektum, penyakit Crohn atau kolitis ulseratif.







Berita Harian (BH) menghubungi Fandi Ahmad untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi Fandi enggan berkongsi dan hanya meminta privasi buat waktu ini.

Beliau juga berkata Wendy sedang berehat dan keadaannya semakin pulih.

Desas-desus penyakit Wendy pernah diceritakan apabila beliau merana kali pertamanya pada tahun 2008, selepas insiden terjatuh dari kediaman mereka di Jakarta, yang menyebabkannya tidak dapat berjalan dan hilang ingatan.

Selepas kemalangan itu, cabaran bertubi-tubi melanda kesihatan Wendy, termasuk mengalami strok, dan kemudiannya barah otak sebesar syiling 50 sen, yang dapat dirawat pada 2013.

Kapsyen di video merakam perjalanannya melalui liku-liku hidup yang mencabar:

“Perjalananku beberapa tahun kebelakangan ini, tanpa sokongan keluarga, tentu aku tidak dapat melaluinya.”

Video itu menunjukkan Wendy berkongsi tentang keadaannya secara terbuka dengan pengikutnya di Instagram @wendyjacobs dan ditemankan suami dan anak-anak tersayang.

Fandi kini berada di Kuantan, Pahang sewaktu menjawab soalan dari BH melalui Whatsapp. Wendy Jacobs tidak mahu memberi sebarang keterangan tentang penyakitnya pada waktu itu.

Anak-anak mereka Irfan dan Ikhsan sedang berlatih bersama Kelab Thai, BG Pathum United dan Ilhan pula berada di Belgium, bermain untuk kelab KMSK Deinze. Dua lagi anaknya Iman, seorang model dan penyanyi dan adiknya Iryan berada di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >