Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ziana impi konsert solo ‘besar’ tahun ini

Jan 04, 2023 | 06:05 PM



PADA usia 55 tahun, mungkin tiada apa yang lagi mahu dikejar penyanyi bersuara emas, Ziana Zain. 

Melewati 32 tahun perjalanan seni, pahit manis ditelan seiring. Itulah resmi kehidupan. 


Namun, jauh di sudut hati, rupa-rupanya, beliau memasang impian untuk menjayakan sebuah konsert solo berskala besar yang menghimpunkan peminat.


Konsert ini, kata Ziana dalam satu wawancara baru-baru ini adalah hadiah bagi peminat yang sentiasa bersama beliau, termasuk tatkala beliau jatuh.


“Sebenarnya, banyak yang tidak sempat saya lakukan sepanjang kerjaya saya ini,” kata Ziana, merujuk kepada konsert yang diidamkannya itu.


Bercakap kepada Berita Harian Malaysia, beliau berkata:

“Saya sangat bersyukur kerana 2022 banyak mengurniakan rezeki buat saya, termasuk dari segi persahabatan dan kesihatan.


“Pada 2022 impian saya untuk mengadakan konsert bersama Anuar Zain sudah tercapai, dan saya harap pada 2023 saya dapat mengadakan konsert solo pula,” ujar beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >