Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pertandingan Golf Amal Masjid Al-Muttaqin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan Golf Amal Masjid Al-Muttaqin

Jun 06, 2016 | 02:28 PM



MASJID Al-Muttaqin akan menganjurkan satu pertandingan Golf Amal pada 31 Ogos ini di Orchid Country Club.


Pertandingan itu bertujuan membantu mengumpul dana bagi kerja peningkatan dan naik taraf masjid yang sudah berusia 36 tahun itu. Masjid di Ang Mo Kio Avenue 7 itu sedang dalam proses peningkatan dan kerja naik taraf dan dianggarkan selesai menjelang akhir tahun ini.



Jemaah masjid tentu lebih selesa selepas kerja naik taraf masjid itu selesai menjelang akhir 2016 atau awal 2017. Mereka boleh memanfaatkan ruang solat utama yang lebih luas dan mampu menampung kira-kira 4,000 orang. Beberapa prasarana lain termasuk bilik darjah tadika dan madrasah juga akan dinaik taraf.



Justeru, anjuran pertandingan golf amal itu diharap dapat menyumbang bagi membiayai kerja peningkatan bernilai $3.5 juta itu.



Pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Haji Paiman Supangat, berharap dapat menggembleng tenaga dan sumber masyarakat bagi mem per ting kat bangunan yang sudah berusia 36 tahun itu.



“Bangunan masjid ini memerlukan banyak kerja pembaikan dan pengubahsuaian kerana dimakan usia dan cuaca.

“Selain meluaskan ruang solat, kerja ubah suai juga akan dijalankan bagi memperbaiki semua bilik darjah yang digunakan bagi program tadika dan madrasah,” ujarnya. 



Masjid Al-Muttaqin merupakan masjid kelima yang dibina di bawah program Dana Pembinaan Masjid. Lembaga pentadbirnya komited akan sentiasa menjadikan masjid itu sebagai sebuah pusat yang membentuk kehidupan beragama dalam usaha membina sebuah masya rakat yang cemerlang dan progresif. 



Program-program yang dianjurkannya diharapkan dapat memper tingkat lagi jalinan silaturahim anta ra individu dalam masya rakat, mempertingkat lagi hubungan kekeluargaan dan membina persefahaman antara masyarakat Islam dengan masyarakat beraga ma lain. 



Selain kelas tadika dan madrasah, Masjid Al-Muttaqin juga menawarkan kursus bimbingan rumah tangga dan haji. Ia juga mempunyai sebuah klinik kebajikan homeopati. Selain itu, masjid tersebut juga bekerjasama dengan pihak polis, sekolah dan beberapa kelab masyarakat di Ang Mo Kio bagi meng anjurkan acara-acara untuk masyarakat di sana. 



Dalam pertandingan itu peserta antara lain berpeluang memenangi sebuah kereta Hyundai Santa Fe serba baru dalam acara Hole-in-One yang diadakan.





Pertandingan Golf Amal Masjid Al-Muttaqin

Tempat
Orchid Country Club


Tarikh
Rabu, 31 Ogos 2016



Masa
12.30 tgh



Bayaran
 $300/peserta



Maklumat lanjut

Hubungi Cik Hazrina
 6454 7572

atau
rina@almuttaqin.mosque.org.sg


 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >