Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Belajar nilai Islam sambil beriadah

Feb 28, 2014 | 07:41 AM



BELAJAR nilai Islam sambil beriadah - itulah matlamat program jejak pembelajaran atau 'learning journey' yang dianjurkan sebuah institusi, Mahad Al-Nasry, bagi pelajar madrasah hujung minggunya.


Menurut penyelaras madrasah Mahad Al-Nasry, Cik Suraiya Abu Bakar, 44 tahun, program itu telah diperkenalkan sejak tiga tahun lalu bagi pelajar di peringkat gred satu ke atas.


Institusi itu menawarkan kelas madrasah secara bertahap-tahap dengan pelajar semuda lima tahun dapat menyertainya.


Pelajar sekolah rendah boleh mengikuti kelas di peringkat gred satu hingga enam, manakala mereka yang berumur 13 tahun ke atas pula boleh mengikuti program remaja.


Cik Suraiya berkata, pihak madrasah akan memikirkan kegiatan baru bagi program jejak pembelajaran itu yang sesuai bagi pelajarnya setiap tahun.


Di bawah program itu, antara lain, pelajar akan dibawa ke tempat seperti masjid untuk mempelajari sejarahnya dan rumah warga tua untuk mempelajari peri pentingnya menjaga dan menghargai mereka.


Menurut Cik Suraiya, pelajar juga pernah dibawa berkelah di Pantai Changi sebagai sebahagian program tersebut.


"Mereka dapat pelajari bahawa kalau mereka beriadah, berkelah pun, perlu jaga solat.


"Kalau nak ambil wuduk, mereka boleh lakukan itu dengan air laut, dan kami juga ajar mereka melakukan tayamum dengan pasir sekiranya tiada air.


"Kegiatan seperti ini memberi pelajar kefahaman lebih luas tentang nilai Islam... bukan sahaja berseronok, malah mempelajari sesuatu," kata Cik Suraiya.


Institusi Mahad Al-Nasry juga merancang menawarkan kelas pengenalan bahasa Arab sebagai antara subjek untuk manfaat pelajarnya pada masa akan datang.


Buat masa ini, kelas madrasahnya diadakan dalam bahasa Inggeris, yang turut diikuti pelajar Islam bukan Melayu.


Selain penilaian yang dijalankan setiap tahun, pelajar juga akan dinilai dari segi kerja projek berkumpulan.


Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk kelas madrasah Mahad Al-Nasry boleh menghubungi 6787-4724 (cawangan Tampines), 6489-6764 (cawangan Sengkang) atau 6316-4220 (cawangan Jurong West).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >