IBADAH korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah saw dan Baginda sentiasa menggalakkan sahabatnya melakukan ibadah ini.
Melakukan ibadah korban ialah salah satu amal ibadah yang disunatkan pada Hari Raya Aidiladha. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan solat sunat Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijah sehingga akhir hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijah.