DARIPADA Jabir bin 'Abdillah ra, beliau berkata: "Saya menghadiri solat Aidiladha bersama Rasulullah saw di musala (tanah lapang). Setelah baginda berkhutbah, baginda turun dari mimbar dan didatangkan kepadanya seekor kambing. Kemudian Rasulullah saw menyembelihnya dengan tangannya, sambil berkata:
"Dengan nama Allah. Allah Maha Besar. Kambing ini daripadaku dan daripada orang- orang yang belum menyembelih daripada kalangan umatku." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan Imam At-Tirmizi).