ANTARA keistimewaan bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj yang menguji keimanan Muslim dari sejak lebih 1,400 tahun lalu.
Peristiwa itu merupakan kurnia tertinggi ke atas Rasulullah saw yang mendapat suruhan mengerjakan solat lima waktu untuk baginda dan umatnya.