BUKU tafsir Quran yang dipercayai pertama dihasilkan di Nusantara ialah Al-Furqan susunan ulama kelahiran Singapura - Kiai Hassan Ahmad yang dikenali juga sebagai Hassan Bandung.
Buku tafsirnya itu pernah diterbitkan dalam beberapa bahagian bermula pada 1930-an dan diterbitkan secara lengkap pada 1956.