TERDAPAT pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa solat tarawih hanya lapan rakaat, tidak lebih daripada itu.
Mereka berpandangan sedemikian berdasarkan dalil daripada riwayat Bukhari daripada Sayidatina Aishah ra yang berkata bahawa "Nabi saw tidak menambah solat lebih daripada 11 rakaat pada Ramadan dan bulan yang lain. Nabi saw solat empat rakaat dan jangan kamu tanya perihal keelokan dan panjangnya, dan kemudian solat lagi empat rakaat dan jangan kamu tanya perihal keelokan dan panjangnya, kemudian dikerjakan tiga rakaat witir."