Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

An-Nahdhah bagi semua lapisan masyarakat Islam

Mar 02, 2014 | 11:44 AM



MENJADIKAN Masjid An-Nahdhah sebagai sebuah tempat ibadah yang mesra dan memenuhi permintaan bukan hanya masyarakat Melayu, malah kesemua masyarakat Islam di Singapura.


Demikian antara aspirasi pengurus Masjid An-Nahdhah, Ustaz Zulhilmi Mohamed, 30 tahun, dalam mengongsi pembangunan dan arah masjid tersebut.


Sejajar dengan cogan kata masjid tersebut, iaitu 'The People's Mosque' (Masjid Orang Ramai), Masjid An-Nahdhah di Bishan mahu membina arah dan pembangunan masjid tersebut bagi merangkumi setiap lapisan masyarakat Islam di sini.


Ini akan dilakukan menerusi tiga teras strategik, kata Ustaz Zulhilmi.


Yang pertama adalah dengan memperkenalkan program-program masjid yang diadakan dalam bahasa Inggeris, katanya.


"Ia relevan dengan masjid ini. Kami terletak dalam kawasan pendidikan. Di sini ada pusat bahasa Kementeriaan Pendidikan (MOE), sekolah Raffles Institution dan St. Joseph's Institution.


"Jadi secara umumnya, kebanyakan jemaah di sini lebih kepada penggunaan bahasa Inggeris dan kami cuba ingin menarik lebih ramai jemaah bukan bangsa Melayu untuk turut serta dalam kegiatan masjid.


"Namun begitu, kami akan terus mengadakan kegiatan dan program-program masjid dalam bahasa Melayu bagi masyarakat kita sendiri," kata beliau.


Sebagai permulaan, Ustaz Zulhilmi berkata masjid akan mengadakan acara maulud dengan sebuah forum dalam bahasa Inggeris bagi membincangkan bagaimana Rasulullah menangani dan menghuraikan masalah yang dihadapi setiap lapisan masyarakat.


Teras kedua pula adalah memperkenalkan skim pendidikan bagi sukarelawan masjid demi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang agama.


Skim tersebut telah pun dilancarkan tahun lalu, dengan sekitar 30 sukarelawan masjid telah pun menyertai kursus solat sejauh ini.


Dari situ, pihak masjid akan dapat melihat tahap komitmen sukarelawan dan memilih untuk melibatkan dalam menyelaras dan merancang program masjid serta membangunkan idea-idea baru.


"Kami perlu mempertingkatkan kumpulan sukarelawan kami kerana ia akan menjadikan asas masjid lebih kukuh. Para sukarelawan banyak mengorbankan dan meluangkan masa demi membantu masjid. Oleh itu, mereka harus diberi keutamaan khas," kata beliau.


Menerusi usaha tersebut, Ustaz Zulhilmi berharap Masjid An-Nahdhah akan dapat memenuhi permintaan setiap lapisan masyarakat Islam daripada pelbagai bangsa.


Beliau juga berharap masjid tersebut akan kekal sibuk dengan kegiatan dan program bersama jemaah.


"Aspirasi saya adalah untuk melihat Masjid An-Nahdhah sebagai institut pembelajaran yang memberi inspirasi kepada semua," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >