Pelajari cara Nabi bangun keluarga di Masjid Al-Iman

PELAJARI daripada contoh Nabi Muhammad saw dalam membangunkan keluarga.

Demikian antara tumpuan dalam usaha dakwah yang dikendalikan Masjid Al-Iman menerusi program Darul Fiqh sepanjang tahun ini.

Masyarakat Islam berpeluang mendalami pengajian dalam bidang Fiqh menerusi pelbagai kegiatan yang dianjurkan termasuk syarahan bulanan, seminar mini dan persidangan.

Menurut Ketua Pembelajaran Islam Masjid Al-Iman Ustaz Khairul Amri Haji Abdul Hamid, pembelajaran dibuka untuk setiap peringkat dari asas hingga ke peringkat lanjutan.

"Bagi mereka yang ingin mengetahui fiqh secara asas atau umum boleh menghadiri syarahan yang diadakan setiap minggu ketiga.

"Bagi mereka yang ingin pengetahuan lebih lanjutan kami anjurkan seminar mini dan sidang dua tahun sekali," kata beliau yang juga imam eksekutif masjid berkenaan.

Ustaz Khairul Amri menerangkan tumpuan Darul Fiqh pada tahun ini ialah menampilkan contoh Nabi Muhamad saw dalam pembangunan keluarga.

Darul Fiqh merupakan pusat pembelajaran khusus yang ditubuhkan Masjid Al-Iman bagi pengetahuan Fiqh atau ilmu yang menerangkan tentang hukum-hukum Islam.

Selain itu Darul Fiqh juga membuka ruang bagi peserta membincangkan isu-isu agama kontemporari seperti fatwa.

Sejauh ini penyertaan bagi seminar dan kegiatan program Darul Fiqh amat menggalakkan.

Dalam seminar yang dianjurkan dua tahun lalu sekitar 400 peserta telah hadir.

Tahun ini masjid yang terletak di Bukit Panjang itu dijadualkan menganjurkan satu lagi seminar untuk manfaat masyarakat Islam.

Pada 8 Mac nanti pula, satu acara sempena maulud telah dirancang dengan dimuatkan beberapa kegiatan sosial dengan sokongan pertubuhan akar umbi Bukit Panjang.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.