PARA pengunjung ke Boat Quay akan menikmati pemandangan Sungai Singapura dan kedai-kedai rumah berdekatan yang tiada hadangan menjelang akhir tahun depan.
Ini selepas kebanyakan perniagaan di kawasan itu telah meluluskan rancangan untuk membangunkan semula sisiran tepian air dengan kerja-kerja pembinaan bakal bermula dalam suku pertama tahun depan.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan membiayai kesemua kos projek tersebut, yang dianggarkan sekitar $5 juta.
Di bawah projek itu, kawasan Boat Quay yang dibangunkan semula itu akan membolehkan orang ramai menikmati suasana tepi sungai tanpa perlu melanggani restoran-restoran yang terdapat di situ.