HAMPIR separuh daripada warga Singapura atau sekitar 42 peratus berkata yang mereka akan menukar kerjaya semata-mata untuk mendapatkan lebih masa untuk bercuti.
Satu kajian yang dijalankan syarikat Fiji Airways dan agensi Pelancongan Fiji mendapati bahawa warga Singapura juga berkata yang mereka sanggup bersara awal (44 peratus), menukar industri (37 peratus) dan mempunyai keluarga yang kecil (32 peratus) demi mendapatkan lebih masa bercuti.